Tuesday, January 11, 2011

TOLONG INGATKAN AKU


Anugerah Juara Lagu ke-25 telah melabuhkan tirainya. Segala teka-teki sudah pun terjawab. Walau bagaimanapun, rumah sudah pun siap tetapi pahatnya masih berbunyi. Kemenangan ‘Tolong Ingatkan Aku’ menjadi perdebatan. Secara peribadi saya tidak terkejut sebaik sahaja lagu ini diumumkan juara walaupun bukan menjadi pilihan ramai. Semasa di peringkat Separuh Akhir lagi, saya mempercayai kredebiliti lagu ini untuk menang pada malam kemuncak. Pada pandangan saya, ‘Tolong Ingatkan Aku’ cukup kuat dari segi komposisi liriknya. Liriknya cukup puitis dan puitisnya berpada-pada. Awas!!! Ramai daripada kita mudah tergoda dengan lirik yang puitis sehinggakan sering kali mengatakan lirik sebegitu terbaik. Cubalah hayati kepuitisan lirik itu, adakah pemilihan katanya tepat? Adakah terdapat percambahan citra? Adakah anda boleh memahami apa yang ingin disampaikan melalui lirik tersebut? Nah, lirik puitis yang terbaik masih mampu menyampaikan apa yang ingin disampaikan dengan baik serta masih mengenakan gaya bahasa yang menarik. Selain itu, lirik ‘Tolong Ingatkan Aku’ adalah ekonomis dan tidak meleret-meleret. Syabas, Ana Raffali! Tahniah ‘Tolong Ingatkan Aku’.

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa


4 comments:

  1. Haha. Apalah abang Anip ni. Pergi nilai lirik lagu macam nilai lirik puisi pula. Tak sama bang. Ada pendekatan berbeza tentang cara nak menilainya antara kedua genre yang kontra itu.^_^

    ReplyDelete
  2. Baiklah Muziru. Ya berbeza kerana melodi dan lirik itu juga seharusnya seiring, sama-sama perlu punya ikatan.

    ReplyDelete
  3. HahaXP Umi pun kata benda yang sama.Pemilihan kata dalam lagu ni 'precise'.Berbanding lagu lain yang dipertandingkan, sekurang-kurangnya lagu ini ada kekuatan yang tersendiri.Mungkin,panel dah ada kesedaran untuk melihat sebuah lagu yang baik dari sudut yang lain pula...

    Hehe:)Hidup Abg Anip!!!

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Rezeki Ana Rafali. Rezeki Allah S.W.T kan tak siapa pun boleh mempertikaikannya. Tahniahlah dekat dia kerna itu karya yang dia buat sendiri. Apa rasa kalau kita berada di tempat dia. Tentu saya bangga dengan diri sendiri ( bangga yang bukan lagak sombong )

    Adila ; lama tak dengar khabar kamu!

    ReplyDelete