Tidak dinafikan, menjadi penulis di Malaysia bukanlah seperti penulis di luar negara yang boleh membuat kekayaan dengan mudah melalui penulisan. Walau bagaimanapun, penulis di Malaysia masih boleh menjana pendapatan melalui penulisan. Harus juga diingat, motif utama menulis bukanlah mengejar honorarium semata-mata. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya di sini sebagai penulis. Saya lebih kerap menulis puisi sebenarnya. Paling sedikit, saya pernah dibayar sebanyak RM 30.00 untuk sebuah puisi yang tersiar. Bayaran paling tinggi yang pernah saya terima untuk sebuah puisi saya ialah RM 150. Jika cerpen, pastinya harga yang dibayar akan lebih tinggi daripada puisi. Setakat ini, baru sekali cerpen saya disiarkan dan saya dibayar RM 80.00 untuk cerpen itu. Seterusnya, saya juga menulis rencana dan sememangnya bayaran yang diterima juga tinggi, iaitu RM150.00 dan ke atas. Paling tinggi, saya pernah menerima RM 250.00 untuk sebuah rencana tulisan saya yang disiarkan. Oh ya, seperkara lagi, saya turut menerima bayaran melalui ruangan Surat Pembaca sebanyak RM 50.00. Alhamdulillah, secara purata untuk tahun 2010, bayaran yang saya terima mencecah RM 1000. Dalam masa yang sama, saya tidak nafikan, ada juga tulisan kita yang tidak dibayar tetapi saya tidak melihatnya sebagai masalah yang besar kerana saya telah tetapkan dalam hati bahawa saya menulis bukan kerana duit semata-mata. Harap selamanya niat saya sebegitu, barulah terpancar keikhlasan melalui tulisan tersebut. Dek kerana masih remaja dan masih belajar, adakalanya pelbagai benda yang hendak dibeli dan membuatkan hati tertawan untuk memilikinya. Kekadang, saya gunakan duit-duit honorarium ini untuk merealisasikan impian saya. Nah, saya buktikan, menulis itu mampu menjana pendapatan! -Haniff
Penulis sebenarnya 'miskin'.
ReplyDeleteKerana mereka mengitar wang royalti yang diperoleh.
Dengan wang yang banyak itu, dibelinya sebuah pengalaman yang sangat mahal dengan berkelana ke seluruh dunia.
Aku mahu jadi seperti itu.
Mengejar dunia yang tidak bergerak.
Benar juga tu Khalil. Khalil, untuk menjadi seorang penulis yang baik, salah satu petuanya ialah kena banyak kembaranya. =)
ReplyDeleteTerus tekal menulis! Nak baca karya ko yang seterusnya di media!
Setuju. Semakin jauh perjalanan, semakin luas pengetahuan. =)
ReplyDeletewah...bagus juga melihat ada anak-anak muda bersemangat menulis. Harap2 tulisan yg membina minda, menjana taqwa. Saya kongsikan cerita ini dlm fb saya untuk tatapan anak-anak generasi muda, harap tak kisah :-)
ReplyDeletehebat! keep it rite !!
ReplyDeleteTuan arsal74, ya silakan. =)
ReplyDeleteSaudara Haniff,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan pandangan saudara. Menulis hanya memerlukan sedikit kerajinan mencari, meneliti dan menterjemah maklumat sahaja.
Saya pernah memenangi tempat kedua Pertandingan Menulis Esei DBP. Bayarannya pun cukup memberangsangkan - RM 300. Bagi saya, menulis memang menawarkan habuan yang cukup lumayan. Kalau sekali tulis sudah dapat lebih daripada RM 100, jadi kalau sebulan tulis lima kali? Pastinya nilainya mencecah sama malah lebih banyak daripada elaun bulanan biasiswa yang saya terima.
Tetapi pokoknya, biarlah menulis kerana ilmu, ke arah memantapkan keimanan. Bukankah itu salah satu usaha dakwah juga?
Paling penting kepada semua penulis, betulkan niat kita. :) Hayati ayat al-Quran, 6:162.
Terima kasih, dan semoga terus gemilang!