Wednesday, January 12, 2011

AKU BUDAK HOSTEL


Ya, saya budak hostel. Ketika di kelas, sewaktu di tingkatan satu, seorang demi seorang rakan saya menerima tawaran ke sekolah berasrama dan saya masih menunggu. Suatu hari ketika pulang dari sekolah (SMK RAJA CHULAN), emak terus memaklumkan bahawa saya menerima tawaran tinggal di asrama. Waktu tu bulan Januari 2001, dalam masa yang singkat saya perlu membuat keputusan. Emak dan ayah tidak kisah dengan jawapan yang bakal saya beri dan akhirnya saya menerima tawaran tersebut untuk bersekolah di Sultan Yussuf School (SYS), Batu Gajah, Perak. Sebenarnya, lima tahun aku di situ, bermakna lima tahun juga aku tinggal di asrama. Berikut coretan kenangan saya di asrama.

1.Kenal rakan-rakan baru

-Semesti dapat kawan-kawan baru. Adakalanya terasa asing, sebab ada yang cakap loghat ‘Perak’ yang belum pernah saya dengar secara langsung.

2. Makan berjemaah

-Paling best masa bulan puasalah. Kami siap berkongsi lauk dan juadah yang dibeli dari luar. Kalau hari biasa, selepas PREP, kami selalu beli nasi goreng dekat Ustazah Ainon dan makan bersama-sama.

3. Bersembang

-Kalau jumpa mesti nak sembang terutama selepas balik kampung, malam hari cuti dan dalam surau pun bersembang . Bila nampak kelibat ustaz, terus kunci mulut.

4. Senior+Junior

-Sejujurnya, saya tidak suka akan garis pemisah antara ‘senior’ dan ‘junior’. Kawan sahaja dengan orang lain, bukankah lebih bahagia. Lebih dihormati rasanya. Jadi saya berkawan sahaja dengan ‘senior’ ataupun ‘junior’.

5.Karnival Asrama

-Benda ni diwujudkan sejak 2001 lagi tetapi mulai tingkatan dua baru saya menyertainya membaca cabaran asrama sekolah saya. 2002, masuk choral speaking (dapat naib johan di gelanggang sendiri), 2003 juga sertai choral speaking (dapat no.3 di SMK RAJA PERMAISURI BAINUN), 2004 masuk sayembara puisi dan lagu (dapat johan di SMK ANDERSON- pergi peringkat negeri, tetapi kalah. Maaf ya daerah Kinta) dan 2005 juga menyertai sayembara puisi dan lagu (dapat naib johan di SMK ULU KINTA).

6. Pengawas Asrama

-Sejak di tingkatan 3, nama saya telah diangkat untuk menjadi pengawas asrama dan diletakkan posisi sebagai Penolong Setiausaha. Tahun 2004, saya dinaikkan ke peringkat Setiausaha pula tetapi saya menolak atas dasar persahabatan. Tahun 2005 masih lagi menjadi pengawas asrama dan diberi tugasan memegang biro keceriaan.

7. Keluar Pekan

-Saya antara yang kerap keluar pekan. Selalu sahaja keluar ke pekan, sebab nak cari kebebasan. Kadang-kadang tu, tiada benda penting pun keluar pekan.

8. Jatuh Katil

-Jatuh katil sampai kena jahit didagu. Esok tu terus mak dating ambil bawa balik rumah. Waktu tu tingkatan satu dan tengah minggu peperiksaan pertengahan tahun.

9. Demam Campak semasa PMR

-Dugaan sangat sebab terpaksa menghadapi PMR dalam keadaan yang kurang mengizinkan.


3 comments: