Monday, May 30, 2011

PUISI SAYA DALAM TUNAS CIPTA JUN 2011


Puisi saya yang bertajuk 'Rindu Kedamaian' dalam majalah Tunas Cipta Jun 2011. Dapatkan segera di pasaran. Terima kasih kepada tuan editor kerana memilih puisi saya untuk disiarkan.

MENULIS [KULUPAKAN SEKETIKA]

Menulis itu jiwaku. Pernah juga dalam waktu sibuk pun aku menulis. Pesan orang yang berpengalaman, tulislah walaupun dihimpit kesibukkan dan waktu sebegitu mampu menghasilkan karya yang baik. Aku mempercayainya kerana aku pernah meraih idea yang tidak pernah aku sangka ketika menulis dalam waktu sebegitu. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini separuh jiwaku untuk menulis ni seakan-akan kian sirna. Ada juga yang tidak mempercayainya, kerana, ada juga karyaku yang disiarkan pada tahun ini. Percayalah itu semua tulisanku pada tahun lalu, bukan tahun ini. Sebenarnya, aku kecewa. Mungkin dek kerana meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Melihat novel-novel rakan seangkatan yang semakin banyak terbit, aku jadi sayu. Kecewa sebab tidak seperti yang dijanjikan. Katanya, anak aku dengan kerjasama Encik F sempat untuk menjengah PBAKL 2011, tetapi sampai sekarang belum siap-siap. Dari bulan Disember 2010 hingga April 2011, maklum balas yang diterima ialah masih dalam proses membuat kulit. Maafkan aku Encik F, aku bimbang kerjasama kita ini mengecewakan kau. Jujurnya, menulis masih belum lagi dapat aku tatang dan cintai seperti sebelum ini.

CINTA 2

Cinta. Lihat, seronoknya mereka di lamun cinta. Bagi aku, entahlah. Sukar untuk aku jelaskan. Sebelum ni, aku tidak pernah mengharapkannya. Langsung, tidak pernah. Siapalah yang mahukan diri ini. Apabila aku mula membuka hati ini, aku pula kebingungan sendiri. Aku jadi serba salah. Aku tidak yakin dengan cinta yang baru aku bina. Aku dapat rasa ada juga hati yang terluka. Akukah yang bersalah? Tidak mengapa, aku serahkan kepada-Nya. Biarlah saat dan ketika ini, aku biarkan ruang hati ini kosong terlebih dahulu. Aku yakin, suatu hari nanti, bila aku sudah bersedia, pasti cinta itu akan hadir. Sampai masanya, aku akan temui cinta sejatiku. Maafkan aku, jika aku melukai setiap hati-hati yang aku sayangi.

Wednesday, May 25, 2011

CINTA


Aku di sini mula mengenali apa itu CINTA

tapi, hati masih berteka-teki

mana satu yang harus bertakhta di hati

jujurnya, hati ini belum lagi terisi

dengan seseorang yang akan kunamakannya CINTA.

Dahulu, aku tidak pernah mengharapkan CINTA itu hadir

Kerana aku bimbang aku bukan yang terbaik

Untuk menjadi teman hidup mereka

Dan setelah hati ini mula kubuka untuk menerima CINTA

Aku keliru,

Yang mana satu CINTAku

Dan aku tidak mahu mengecewakan dia, dia dan dia.

Maafkan aku kerana

Aku masih belum bersedia untuk menerima CINTA awak, awak dan awak

Sampai masanya nanti,

Aku akan berikan juga sebelah hati ini kepada awak seorang.


Tuesday, May 24, 2011

TIADA LAGI PEPERIKSAAN

Pada 21 Mei yang lalu merupakan noktah bagi saya dalam menghadapi peperiksaan di universiti. Akhirnya sampai juga saya ke hari terakhir menjawab soalan peperiksaan. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan melainkan merasakan sedih kerana pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa sudah sampai ke penghujungnya. Semoga saya memperolehi keputusan yang terbaik bagi melengkapi gred purata saya dalam pengajian sebelum tibanya majlis konvokesyen pada tahun hadapan. Sebelum itu, saya akan menjalani praktikal selama empat bulan terlebih dahulu bermula pada 1 Jun 2011. Doakan saya!