Tuesday, January 11, 2011

SAYA DAN MPR 2010

Kak Zeti Aktar Jaafar telah mengajak saya untuk menjadi urus setia bagi program Minggu Penulis Remaja (MPR) untuk tahun 2010. MPR 2010 juga diadakan di Port Dickson seperti tahun saya, MPR 2009 cuma lokasinya berbeza. MPR 2010 kali ini disertai oleh 21 orang peserta dari seluruh Malaysia. Paling menarik saya dapat berjumpa lagi dengan beberapa orang penulis ternama. Selain itu, salah satu pengisian MPR 2010 ialah lawatan ke Muzium Tentera di Port Dickson. Muziumnya sangatlah besar dan perlu ke tingkat atas, ke tingkat bawah serta bertukar bangunan dan paling seronok apabila melalui terowong bawah tanah. Setelah usai program, ketika di DBP, saya sempat mengajak Amir yang juga mantan MPR 2010 ke tingkat 20 DBP iaitu bahagian majalah. Waktu ketika itu sudah pun 5.30 petang, tetapi sempat juga bertemu Kak Ton, Kak Yus, Abg Armin dan Abg Ruslan. Rindu saya pada Kak Mah juga terurai apabila dapat bersemuka dengannya pada petang itu. Terima kasih dan mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang saya menjadi urus setia MPR 2010. Terima kasih juga kerana diberi pelbagai barangan seperti novel, t-shirt, mug, tabung dan sebagainya.

SELAMAT MENJADI KELUARGA BESAR MPR KEPADA MANTAN MPR 2010!!!

Saya dan Shamsul Amin

No comments:

Post a Comment