MANIS ITU SAYA



*HANIFF YUSOFF dilahirkan di Sandakan, Sabah, pada 25 Januari 1988, merupakan penulis muda yang terbabit dalam penulisan puisi, cerpen dan rencana. Penulis juga merupakan graduan Universiti Utara Malaysia dalam Sarjana Sastera Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari. Selain itu, turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan kepujian dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari (pengkhususasn kesusasteraan Melayu). Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Dewan Hutan Kampung, Alor Setar (1993-1994), seterusnya meneruskan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh Perak (1995-2000). Mendapat pendidikan menengah pula di SMK Raja Chulan, Ipoh (Januari 2001), SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah Perak (2001-2005) dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah (2006-2007). 

*Puisinya pernah disiarkan dalam Kuntum, Dewan Siswa, Dewan Bahasa, Fokus SPM, Tunas Cipta, Pelita Bahasa, Jendela Utara, Harakah, Berita Harian, Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Dewan Sastera. Cerpen tulisannya pula pernah disiarkan dalam e@siswa, Tunas Cipta, Selangor Kini, Roket Kini, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita, Harmoni, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia. Rencananya juga pernah disiarkan dalam Fokus SPM, Jendela Utara, Dewan Siswa dan Dewan Bahasa.

*Peserta Minggu Penulis Remaja 2009 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

*Pencapaian:
1) Hadiah sagu hati Anugerah Citra Majalah Sekolah DBP Wilayah Utara 2007 (Kategori Puisi)

2) Hadiah sagu hati Anugerah Citra Majalah Sekolah DBP Wilayah Utara 2007 (Kategori Rencana)


3) Sagu hati Pertandingan Menulis Puisi Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Klasik Nasional 2008

4) Puisi Terbaik Bulanan (Julai 2008) menerusi segmen Nukilan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm) 

5) Hadiah Saguhati Peraduan Ungkapan Hari Ibu Dewan Siswa 2009

6) Pemenang Mingguan Pertandingan Menulis Puisi Putrajaya melalui Facebook sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

7) Anugerah Khas ‘Rangkap Pantun Boria Terbaik’ sempena Pertandingan Boria ‘UUM Cultural Festival 2011’

8) Hadiah saguhati Sayembara Menulis Cerpen 2016 antara IPT anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Gallery Bookstore Sdn. Bhd.

9) Tempat pertama 'Peraduan Menulis Slogan 'Beli Buku ITBM & Menangi Koleksi Terbitan 2017'.

10) Hadiah Utama Sayembara Menulis Cerpen 2017 antara IPT anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Gallery Bookstore Sdn. Bhd.

11) Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Selangor 2018 kategori Cerpen anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan akhbar Selangor Kini.

12) Hadiah Sagu hati Sayembara Menulis Puisi Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan DBP Wilayah Utara 2018.

13) Hadiah Cerpen YADIM-BAHASA-HARIAN EKSPRES 2018/2019.

14) Saguhati 'Peraduan Menulis Slogan 'Beli Buku ITBM & Menangi Koleksi Terbitan 2018'.

15) Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Selangor 2019 kategori Esei anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan akhbar Selangor Kini.

16) Cerpen Terbaik Bulanan program SUNTIK 4/2020.

17) Antara 10 resensi buku terbaik Resensi Buku ASEAN 2020.

18) Tempat Pertama Pertandingan Menulis Gurindam DBP Peringkat Zon Utara 2020.

19) Saguhati Pertandingan Menulis Mutiara Kata “Meniti Jejak 64 Tahun DBP” Peringkat Wilayah Utara.

20) Cerpen Terbaik Bulanan program SUNTIK 10/2020.

21) Tempat kedua Pertandingan Ulasan Buku Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2020.

22) Hadiah Cerpen BAHASA-HARIAN EKSPRESS 2020.

23) Tempat Ketiga Monolog 1 Minit Peringkat DBP Cawangan Sabah.

24) Saguhati Sayembara Menulis Cerpen Peribahasa Melayu Dekad Membaca Kebangsaan 2021 DBP Wlayah Utara.

25) Kertas Kerja Terbaik Seminar BAHTERADAYA 2022.

26) 10 Puisi terbaik Sayembara Penulisan Puisi Ramadan DBP Cawangan Sabah 2022.

27) Saguhati Pertandingan Menulis Resensi Buku Karya Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.

28) Saguhati Sayembara Menulis Cerpen Kearifan Tempatan Kedah Dekad Membaca Kebangsaan 2022 DBP Wilayah Utara.

29) Saguhati Sayembara Mencari Sasterawan 2023 anjuran DBP Wilayah Timur dan Nusa Centre.

30) Pemenang Sayembara Menulis Puisi sempena menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-66 anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia.

31) Hadiah Utama Pertandingan Cerpen Mini 'Bahasa, Jiwa, Bangsa' anjuran DBP dan CEREKA 2023.


*Cerpen 'Leluhur' yang pernah disiarkan dalam Mingguan Malaysia merupakan antara 30 cerpen terbaik kategori cerpen eceran Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014.

* Artikel jurnal yang berjudul 'Hipoteks sebagai Idea Penggaluran Naratif dalam Novel Berunsur Sejarah Tun Tuah' yang disiarkan dalam jurnal PENDETA terbitan UPSI merupakan antara 9 makalah ilmiah terbaik (senarai akhir) Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020.

*Kumpulan cerpen pertama penulis berjudul Zombi Rumi diterbitkan pada tahun 2015 oleh Legasi Oakheart. 


*Kumpulan cerpen kedua penulis berjudul Kakak Saya Hidup Semula diterbitkan pada tahun 2019 oleh Legasi Oakheart.

*Penulis boleh dihubungi melalui Facebook: Haniff Yusoff