Saya tertarik untuk sama-sama berkongsi catatan ini seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan Sahabat Blogger yang lain. Sebetulnya, ia merupakan anjuran Encik Amal Espraza, cik ketua kelas, gelaran istimewa yang saya berikan untuk dia. Masing-masing ingin kongsikan barang atau khazanah yang ada dalam beg masing-masing. Selalunya saya tidak akan berlenggang kangkung ke mana-mana. Pastinya akan membawa beg. Saya lebih selesa begitu kerana banyak barang yang saya kira perlu dibawa bersama.
BUKU CATATAN DAN JUGA SEBATANG PEN; Sangat penting bagi saya sebagai seorang penulis.
BUKU BACAAN/NOVEL; Untuk mengisi masa lapang dan jika kerajinan pun tiba.
PEN MARKER; Motif???
DOMPET; Sangat penting. Duit itu sangat penting ya. Dalam tu juga ada kad pengenalan, kad matrik, kad atm, kad-kad keahlian.
MINYAK WANGI; Jujur ya, saya tidak gemar minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Saya akan bawanya ke mana-mana kerana sangat diperlukan jika dalam kemudaratan.
CERMIN MATA HITAM; Untuk kelihatan bergaya, unggul dan bermutu tinggi!!!
‘SANITIZER’; Untuk keselamatan dan kesihatan!
‘COLGATE PLAX’; Untuk kebersihan, terutamanya selepas makan.
CAMERA DIGITAL ‘KODAK’ SAYA; Sudah setahun usianya. Mungkin terserempak dengan Dato’ Siti Nurhaliza, boleh bergambar dengannya.
Itu sahaja setakat ini. Harap cik ketua kelas beri inspirasi lagi ya untuk menulis catatan di blog. =)
Haniff
Wah,hebat la barang2 anda Anip~
ReplyDeletehehehe. aku paling curious ngn marker tu. aku rasa guna die utk conteng tandas kan?haaa. rpenye keje kau slame ni. hahaha
ReplyDeleteAla.. kalau jumpa Dato' Siti bawa balik je terus, tak payah ambil-ambil gambar dah..
ReplyDeletewah..pembersih orgnye
ReplyDelete