Wednesday, March 30, 2011

'NAZAM CINTA' DALAM TUNAS CIPTA APRIL 2011


Tidak dinafikan, tahun ini, saya agak jarang menulis. Sebenarnya, saya telah pulun menulis ketika cuti semester yang lalu. Dalam majalah Tunas Cipta edisi April 2011, puisi tradisional saya yang berbentuk nazam menjadi pilihan editor untuk disiarkan. Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan puisi tradisional ini. Dek perasaan ingin mencuba, saya belek nazam-nazam yang sedia ada. Tidak lengkap rasanya jika saya tidak mencari guru, lalu saya meminta tolong dari Kak Nisah Haron untuk meneliti nazam tulisan saya. Kak Nisah banyak membantu dan mengajar. Walaupun kehidupannya semakin sibuk, masa untuk penulis tunas seperti saya tetap ada. Terima kasih, Kak Nisah yang selama ini sememangnya banyak membantu saya, sampai majalah bulanan pun saya tempah daripadanya. Kepada semua pembaca, terimalah ‘Nazam Cinta’. Dapatkan majalah TUNAS CIPTA, APRIL 2011 dengan segera di pasaran!


KARYA BULAN MAC 2011

Inilah satu-satunya karya saya yang disiarkan pada bulan Mac iaitu sebuah catatan bebentuk pandangan peribadi yang bertajuk ‘KOMSAS Membantu Murid Mengenali Sastera’ dan disiarkan dalam ruangan Komentar, majalah Pelita Bahasa edisi Mac 2011. Sudikanlah mendapatkan majalah ini di pasaran!



GUGURNYA GUGUS CINTA

Gugurnya Gugus Cinta

Celaru perasaan dek nafsu mencakar

guris laman iman tiada pedoman

akhirnya rapuh jiwa buta dosa pahala

si kecil kudus di buang merata.

Gugurnya gugus cinta

dari perdu sukma manusia

gugurnya gugus cinta

dari pohon kemanusiaan.

Menangis si kecil di Syurga menatap dunia!

Mohd Haniff Mohammad Yusoff

Universiti Utara Malaysia

TUNAS CIPTA FEBRUARI 2011

Monday, March 28, 2011

'RANGKAP PANTUN BORIA TERBAIK'


Rasanya sudah lama saya tidak tumpahkan ilham rasa di sini. Dek hambatan tugasan yang bertimbun, saya abaikan blog ini buat sementara. Penat sungguh seminggu yang lalu apabila saya perlu menghadapi empat pembentangan dalam seminggu. Penat sungguh, tapi segalanya sudah pun berakhir. Oh ya, seminggu sebelumnya pula, saya telah diminta oleh si Zulfian, untuk menulis lirik boria bagi DPP Bank Rakyat sempena Pertandingan Boria ‘UUM Caltural Festival 2011’. Sejujurnya, saya tidak pernah terlibat dengan boria secara langsung dan tidak langsung. Saya terima sahaja permintaannya. Esok petangnya barulah saya dapat siapkan liriknya dengan sepuluh rangkap. Agak mencabar juga untuk memenuhi tema ‘Universiti Utara Malaysia: Universiti Pengurusan Terkemuka’. Saya sebenarnya menyimpan kebimbangan yang besar terhadap lirik tersebut, bimbang ianya tidak memenuhi kriteria sebagai lirik boria. 25 Mac yang lalu merupakan hari pertandingan dan saya pun hadir untuk melihat karya saya dipersembahkan buat pertama kalinya. Malam tersebut 3 kategori khas diumumkan dan keputusan rasmi diumumkan pada malam penutup. Tanpa diduga lirik tulisan saya itu dipilih sebagai ‘Rangkap Pantun Terbaik’ . Di samping itu, kategori khas lain yang turut diumumkan pada malam itu ialah ‘Tukang Karang Terbaik’ dan ‘Skstsa Terbaik’. Rasa terbeban yang saya rasakan sepanjang minggu itu seolah-olah terlerai begitu sahaja apabila rezeki pada malam itu juga memihak kepada saya. Pada malam penutup, pasukan boria DPP Bank Rakyat telah diumukan sebagai pemenang pingat gangsa. TAHNIAH!!!





Friday, March 11, 2011

FESTIVAL FILEM DAN VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-8




Bertemakan ‘Cendekia Senima ke Persada Dunia’, Festival Filem dan Video Pelajar ke-8 (FFVP 8) telah berlangsung dengan gemilangnya pada 6 Mac 2010 yang lalu. Kali ini merupakan giliran Universiti Utara Malaysia pula sebagai penganjur bersama dengan FINAS. Sebanyak 166 pencalonan telah diterima. Saya selaku jelata UUM telah berkesempatan untuk merasai kemeriahannya. Nyata, benar-benar gemilang acara pada malam itu. Syabas kepada tenaga kerja penganjur. Malam itu, kami dihidangkan oleh rangkaian persembahan nyanyian pelbagai era, persembahan barisan pelakon Ratu The Movie dan persembahan penutup oleh Shahir AF 8. Antara pelakon yang turt bersama-sama menyampaikan anugerah pada malam itu ialah Adi Putra, Iqram Dinzly, dan Julia Ziegler.

Antara keputusan anugerah:

GRAFIK TERBAIK:

I Want To Be a Dentist
AIMST University

MUZIK TERBAIK:

Irony
Segi College

KOSTUM TERBAIK:

Jika Aku Seorang Robot
UITM Melaka

SINEMATOGRAFI TERBAIK:

Getir
ASWARA

SKRIP TERBAIK:

Norhanizah Mahadi / Jam Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)

FILEM/VIDEO TERBAIK KESELURUHAN:

Getir
ASWARA

Seterusnya, ingin saya kongsikan debaran ketika menantikan keputusan Filem/Video Animasi Terbaik. Manakan tidak apabila melihat senarai pencalonan akhirnya, hanya dua universiti bersaing iaitu UiTM Puncak Perdana dan UUM. Bertambah mendebarkan apabila empat daripada lima pecalonan akhir yang disenaraikan ialah karya-karya UiTM Puncak Perdana dan yang terakhir ialah UUM.

KATEGORI FILEM/VIDEO ANIMASI TERBAIK

Calon-calonnya ialah:


Manisnya Epal
UITM Puncak Perdana

The Sad Sonata
UITM Puncak Perdana

Transform Logo
UITM Puncak Perdana

Magic Box
UITM Puncak Perdana

Mimo Mami: The Stupid Chase
Universiti Utara Malaysia

Pemenang untuk kategori Filem/Video Animasi Terbaik ialah, Mimo Mami: The Stupid Chase, Universiti Utara Malaysia!!!!!