Saya melihat kantung mesej Facebook saya yang mempunyai mesej. Pengirimnya tidak saya kenali dan sememangnya bukan dalam kalangan senarai kenalan saya di FB. Sesuai rasanya saya bahasakannya, ‘adik’ kerana dia masih perlu berbaju putih berkain biru. Adik ini merupakan antara yang selalu memerhatikan blog saya. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya kerana member inspirasi serta semangat kepadanya untuk menulis berdasarkan catatan-catatan saya di blog ini. Bersungguh dia menceritakan perihalnya yang meminati penulisan. Tahniah juga kepadanya yang memenangi pertandingan di sekolahnya baru-baru ini. Buat beliau:
“Terima kasih kerana menyinggah di blog saya yang tidak seberapa ini. Di sini, saya kongsikan setakat yang termampu, kerana saya juga masih merangkak dalam penulisan. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Nasihat saya buat adik, teruskanlah menulis. Menulislah tanpa jemu!”
~Mohd Haniff Mohammad Yusoff~
salam. Abg haniff banyak peminat... =)
ReplyDeleteSalam. Effa, ala, siapalah nak minat kt abg anip ni~
ReplyDeleteeleh, yeke tak der ni? :P
ReplyDeleteterus kn berkarya ye kamu brdua...=)
ReplyDeletehebatla haniff ni. hehe...
ReplyDeletesaya doakan abg anep menjadi sasterawan negara..menginkuti SN Abdullah Hussin dan A.Samad Said
ReplyDeleteAku pun peminat kau.
ReplyDeletehehe
KHALIL ZAINI; Terbatuk seketika~
ReplyDeleteNak belanja apa ya?
Wah, ada secret admirer...huhu.
ReplyDelete