Musim baru telah tiba
menjerling kita yang asyik leka
masih bersama harapan semalam
masih mendakap cita lapuk
di rajang mimpi kosong.
Muharam 1432 menjenguk mesra
mengetuk perdu sukma
menyapa rentetan dosa pahala
kerana mati kian tiba.
Muharam kembali lagi
tanya pada hati
sudahkah nurani berisi.
MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF
Universiti Utara Malaysia
Berita Minggu, 9 Januari 2010
Salam. Tahniah, abg haniff... ^_^
ReplyDeleteSalam. Terima kasih, Effa!
ReplyDelete