Interlok merupakan sebuah novel karya Sasterawan Negara, Abdullah Husain. Novel ini juga telah dipilih sebagai novel Kompenen Sastera (KOMSAS) untuk tingkatan lima mulai tahun 2011. Akhir-akhir ini, novel karya Sasterawan Negara ini hangat diperkatakan gara-gara isu perkauman yang dicetuskan dalam novel ini. Kononya, novel ini menghina kaum Melayu dan juga kaum India.
Bagi saya, novel ini cukup istimewa kerana mengenengahkan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, menepati konsep Satu Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri. Seharusnya, kita memandang dari sudut yang positif dan bukannya cepat melatah. Saya percaya, penulis bukan sengaja melabelkan orang Melayu bodoh di dalam novelnya. Cuba kita selami apa yang cuba disampaikan oleh si penulis. Janganlah kita mudah membuat keputusan. Lihatlah ianya sebagai suntikan motivasi kepada diri kita untuk terus maju dan bukannya mudah melatah dengan perkara sebegini. Hakikatnya setiap penulisan yang dihasilkan oleh si penulis memerlukan pembaca untuk berfikir!
Saya percaya, panel pemilih yang memilih novel ini telah membaca novel ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilihnya sebagai teks KOMSAS. Semoga pihak yang terlibat mencapai kata sepakat!
salam...betul kata saudara, tapi mungkin ada salah satu yang menyentuh sensitiviti kaum..tidak mungkin mereka akan mengambil tindakan jika tiada kesalahan, mungkin kesalahan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ia mungkin menyebabkan sesuatu kaum itu berasa tidak berpuas hati dengan novel tersebut.
ReplyDeleteSemua tu mainan politik juga semata-mata.
ReplyDelete