Tuesday, September 14, 2010

GENGGAMAN KERINGAT

GENGGAMAN KERINGAT

(Sempena Hari Pahlawan, 31 Julai)

Tanpa lelah membela bangsa

tanpa resah menjulang nusa


Biarpu perih biarpun payah

demi agungnya mahkota maruah


Genggaman keringat

bersama urat keazaman

menghunus keris perjuangan

menusuk jasad si pelagak tuan

‘nyah kau dari tanah warisan

pusaka kami selamanya berterusan’.


Genggaman-genggaman keringat bersatu

mencipta tamadun baru

memberi nafas merdeka

kita hirup nikmat sentosa.

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF

Universiti Utara Malaysia

Berita Minggu, 22 Ogos 2010

BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN

Ramadhan yang hadir, dinanti dengan rasa syukur. Terasa nikmatnya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang tidak dapat dirasai dalam bulan-bulan yang lain. Ramadhan kali ini, saya berbuka puasa di banyak tempat berbanding dalam bilik di kampus. Saya berbuka puasa di Kuala Perlis sebanyak dua kali, berbuka puasa di cafe, berbuka puasa di Changloon, berbuka puasa di Pusat Budaya dan semestinya berbuka puasa di rumah sendiri. Saya kongsikan gambar-gambar gelagat saya bersama sahabat-sahabat saya di sini untuk tatapan kalian.

Berbuka puasa beramai-ramai dengan rakan rapat di kampus


Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran rakan sebilik saya

Berbuka puasa di Kuala Perlis bersanma Zalie, Pawie, Eli, Teh dan Jannah

adik-adik saya, Mazlinah, Fatin dan Anizar


Berbuka puasa di Kuala Perlis bersama Mazlinah, Fatin dan Anizar

Bergambar sebelum berbuka puasa sempena pemashuran masjid Bukit Kachi
A

KONSERT PAHLAWAN DAN PEMBEBASAN GAZA

Siapa yang tidak tersentuh dengan penderitaan saudara kita di Gaza. Setelah mendapat tahu UUM akan menganjurkan Konsert Pahlawan dan Pembebasan Gaza, hati saya terus berbisik untuk menyertainya. Sekurang-kurangnya saya dapat menderma melalui tiket yang saya beli dan alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya untuk menghadiri konsert tersebut. Selain berhibur saya paling suka segmen video yang ditanyangkan, hasil perkongsian wartawan Astro Awani iaitu Aswad Ismail yang turut terlibat dalam penahan kapal bantuan ke Gaza baru-baru ini. Di sini saya kongsikan gambar yang sempat saya ambil sebagai kenangan dan tatapan kalian.


Konsert Pahlawan dan Pembebasa Gaza- 1 Ogos 2010


Saya bersama rakan saya, Syazwan dan Mas Hartika

Sahabat saya, Hafeez yang menampilkan puisi Gaza pada malam itu



Persembahan oleh kumpulan nasyid UUM, kumpulan Nadi Utama

Persembahan oleh Maulana AF 8

Persembahan kumpulan nasyid Firdaus


Persembahan Akim AF 7



Persembahan kumpulan nasyid Rabbani

Sesi penyerahan cek



Bergambar bersama abang Ismandi (vokalis utama kumpulan Firdaus)


Bergambar dengan abang Idzwan (ahli kumpulan Firdaus)


Syazwan, Saya dan abang Mior Abdul Malek Raiyani (Pembaca Berita TV3)

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN UUM

Pagi itu saya bangun agak lambat, mungkin dihambat keletihan yang teramat. Sedangkan sebelum pukul 8 pagi, saya sudah perlu berada di perkarangan Dewan Muazzam Shah, UUM sempena Sambutan Hari Pahlawan dan Bulan Kemerdekaan 2010. Kursus Kokurikulum saya perlu menghadiri sambutan tersebut sebagai markah integrasi kami untuk semester ini, itu yang menyebabkan saya kelam-kabut pagi itu. Hampir pukul 9 pagi baru saya tiba di dewan utama itu. Majlis bermula selepas kesemua tetamu kehormat hadir. Di sini saya kongsikan gambar yang sempat diambil bagi menceritakan suasana pada hari tersebut.




Sambutan Hari Pahlawan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010


Kawan saya yang berasal dari Indonesia


Persembahan sajak oleh Meor (anak didik Puzi Hadi)


Pengalaman zaman penjajahan yang dikongsikan bersama

Pengkisahan filem Bukit Kepong

Persembahan koir lagu patriotik

Wajah-wajah ceria kami

Kawan-kawan kelas kokurikulum saya iaitu Seni Lukis

Salam Kemerdekaan!!!

Sunday, September 12, 2010

TEATER RUMAH KEDAI JALAN SELADANG


Saya tidak pernah menonton teater, oleh yang demikian saya mengambil peluang yang saya perolehi untuk menonton teater Rumah Kedai Jalan Seladang yang telah dijayakan Kelab Teater Warna, PusaT Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia. Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Pusat Budaya dan Seni memudahkan lagi saya menyertai aktiviti ini. Sebanyak dua bas bertolak dari UUM untuk menyaksikan teater ini yang dipentaskan di Taman Budaya, Pumpong, Alor Setar, Kedah.

Setibanya di Taman Budaya, kami berpusu-pusu menyerbu kedai makan di seberang jalan bagi mengisi perut terlebih dahulu, tambahan pula masih awal lagi. Setelah itu, kami mengerjakan solat Maghrib di surau yang disediakan sebelum mengambil tempat di dalam auditorium.

Malam itu teater yang dipentaskan bermula selepas tetamu jemputan tiba mengambil tempat. Teater Rumah Kedai Jalan Seladang ini mengisahkan sebuah Mak Bee yang menjalankan perniagaan pelacuran di rumahnya sendiri dan belatar belakangkan zaman penjajahan Jepun.

Kredibiliti kesemua pelakon yang menjayakan teater tersebut tidak boleh dinafikan. Mungkin minat yang mendalam terhadap lakonan menjadikan teater pada malam itu benar-benar berkesan. Bagus persembahan yang mereka tonjokan pada malam itu. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua yang menjayakan teater pada malam itu. Mungkin ramai yang tidak tahu, UUM telah melahirkan ramai karyawan-karyawan yang menghiasi kaca-kaca TV seperti Mior Abdul Malek Raiyani (Pembaca Berita TV3), Wan Zila (Pengacara Agrotek TV1), Hazlin Hussin (Pengacara 999 TV3), Aida Gadis Melayu TV9, Saiful Nizam (Pembaca Berita TV3) dan kumpulan nasyid Firdaus.