Thursday, February 10, 2011

KUNCI PALING PENTING DALAM HIDUP


Kali ini saya ingin sekali berkongsi dengan pembaca perihal kunci. Segmen kedua yang dianjurkan oleh Amal Espraza yang saya panggilnya ketua kelas. Kalau cakap pasal kunci, dulu, saya ada kunci basikal. Awak ada? Sangat penting kunci tu untuk mengunci tayar basikal untuk elakkan daripada di curi di sekolah. Dah lama dah saya tidak menunggang basikal. Kunci basikal pun dah merajuk agaknya. Saya juga ada kunci tabung. Ala tabung yang peti besi tu. Saya simpan duit saya dalam tu dan apabila saya balik dari asrama, saya tengok duit saya dalam tabung tu dah tiada. Saya pun bergustilah dengan adik sebab dia yang ambil duit saya. Kunci, mengapa begitu mudah kau dinodai? Habis duit saya! Seterusnya, bila jadi budak hostel, saya ada kunci almari. Kunci almari ni pun bermasalah juga. Selalu sahaja hilang. Terpaksa beli kunci dan mangga baru, habis duit lagi. Sekarang saya ada kunci bilik di kampus. Kami di UUM tidak panggil Kolej Kediaman, tetapi kami panggil Dewan Penginapan Pelajar (DPP). Saya tinggal di DPP Bank Rakyat. Kunci bilik ni dari sem satu sampailah sem enam kena pegang. Dalam masa tu, pernah jugalah hilang-hilang manja. Selepas tu jumpa balik. Kadang-kadang saya tersimpan dalam bekas pensil. Kadang-kadang saya tertinggal dalam bilik. Pernah satu ketika, saya dan kawan gunakan ranting kayu untuk ambil kunci yang ada atas katil. Konklusinya, kunci sangat penting untuk menjamin perasaan anda dari dihimpit resah-gelisah. Sayangilah kunci anda!


kunci bilik


ini rantai kunci koleksi saya

2 comments:

  1. woa...bnyknye keychain...kalo sy, keychain x sampai bape lama da ilang...hehehe

    ReplyDelete