Majalah Kuntum yang pertama saya beli adalah pada tahun 1997 di perhentian bas Medan Kidd, Ipoh. Ketika itu Medan Gopeng belum beroperasi lagi sebagai perhentian bas utama di Ipoh. Sedar tak sedar, Kuntum telah pun mencapai usia 31 tahun pada bulan Februari ini. Cukup lama bukan usia majalah KUNTUM di pasaran. Saya mula mendekati KUNTUM secara rapat pada tahun 2000. Sejak itu, setiap bulan KUNTUM adalah majalah wajib. Saya menulis untuk pelbagai ruangan yang disediakan untuk pembaca menghantar karya. Ada enam ruangan dan nama saya berjaya dicetak dalam majalah KUNTUM untuk keenam-enam ruangan yang ada. Jika bercakap pasal puisi, hampir setahun selepas itu, baru puisi pertama saya disiarkan dalam majalah KUNTUM. Baru-baru ini saya sempat menyapa Facebook majalah KUNTUM dan editornya, Kak Asma Saad masih mengenali saya. Saya sangat terharu, sebelum ini Kak Asma Saad ialah pembantu editor dan kini telah pun dinaikkan pangkat sebagai editor. Berbicara tentang editor, saya merupakan pembaca yang beruntung kerana pernah bertemu dengan editornya ketika saya akrab dengan majalah KUNTUM itu iaitu Datin Amelia Kassim.
Selamat Ulangtahun majalah KUNTUM yang ke-31!!!
Tahniah dan terima kasih buat seluruh sidang ridaksi.
Hebat!!
ReplyDelete