Thursday, February 10, 2011

IMPIAN SAYA UNTUK BERGELAR PENGACARA

inilah Muaz muzikfm

Sejak kecil, saya punya impian untuk menjadi pengacara. Alangkah seronoknya dapat jadi pengacara dan punya program bual bicara sendiri. Begitulah yang saya bayangkan. Ketika di usia kanak-kanak, rancangan Alam Ria di TV3 amatlah saya minati kerana pengacaranya ialah kanak-kanak. Pernah ketika berusia 12 tahun, saya mendapat satu surat tawaran. Saya sudah ingat-ingat lupa berkenaan borang itu, tetapi terulis pada borang tersebut TAWARAN PENGACARA RANCANGAN ALONG/KELAB SAHABAT ALONG [Lebih kurang la]. Saya pun tidak pasti akan akan kesahihan borang itu, tetapi kena isi pelbagai butir peribadi pada borang itu, tetapi setakat itu sahaja, kerana saya tidak menerima maklum balas selepas itu. Tambahan pula jika perlu ke Kuala Lumpur, pastinya ditentang ayah kerana kami bukan orang Kuala Lumpur. Bila meningkat remaja, saya semakin menggilai pengacara yang berkredibeliti seperti Aznil dan Ally Iskandar, tetapi saya lebih terpikat dengan gaya penyampaian pengacara-pengacara baru seperti Farish dan Muazazanuddin @ Muaz Muzikfm. Pertama kali melihat Muaz beraksi, saya sudah dapat jangka bahawa dia sangat berpotensi besar dalam bidang pengacaraan. Andaian saya tepat! Nah, dia antara pengacara yang laku di RTM, di samping tugas hakikinya sebagai Juruhebah radio. Saya peminat dia dan selain berhubung di laman Facebook, saya juga pernah mengirim kad raya padanya serta kami pernah berjumpa dan dia mengingati saya. Saya masih menyimpan hasrat saya untuk bergelar pengacara suatu hari nanti. Saya pernah merasa ujibakat sebagai penyampai berita RTM, saya pernah merasa ujibakat sebagai penerbit rancangan di bawah kelolaan SPA dan saya juga pernah disenaraikan untuk ujibakat sebagai rancangan di RTM tetapi saya menolaknya dek beberapa kekangan. Tidak mengapa,perjalanan saya masih jauh. Doakan saya!

7 comments: