Thursday, February 10, 2011

RANCANGAN BUAL BICARA MALAYSIA



1.MACAM-MACAM AZNIL- ASTRO

Macam- Macam Aznil terbitan stesen televisyen berbayar ini cukup dikenali, malah telah meraih banyak anugerah sebagai Rancangan Bual Bicara Terbaik, sama ada di peringkat nasional ataupun di peringkat Asia. Program yang ditunjangi oleh Aznil ini dilihat cukup menambat hati penonton. Tambahan pula, pengacara rancangan ini tampak mampu mengendalikan rancangan ini dengan begitu baik walaupun dalam keadaan yang bersahaja.

2.APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA- TV1

Apa Kata Wanita bersama Zamzarina dilihat antara rancangan yang popular di TV1. Rancangan yang membincangkan perihal wanita ini tampak segar dengan kepetahan Zamzarina mengendalikan rancangan ini. Bermula sebagai pengacara di Selamat Pagi Malaysia, dan adakalanya dilihat bertugas sebagai penyampai berita, kredibiliti Zamzarina sebagai peneraju rancangan ini tidak boleh dipertikaikan di sampaing kandungan rancangannya yang padat.

3.WANITA HARI INI- TV3

TV3 sememangnya mempunyai rekod sebagai stesen yang paling banyak menguasai rating rancangan yang tertinggi di Malaysia. TV3 juga memperkenalkan rancangan bual bicara yang berkonsepkan wanita kepada umum dan cukup lama bertahan. Buktinya, Wanita Hari ini telah lama bersiaran dan sehingga hari ini masih diterima penonton biarpun pengacaranya bersilih ganti.

4.NASI LEMAK KOPI O- TV9

TV9 merupakan stesen bongsu bagi Media Prima juga tidak ketinggalan menerbitkan rancangan berbentuk bual bicara. Rancangan yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad itu dikenali sebagai Nasi Lemak Kopi O. Rating rancangan ini juga dikatakan berjaya mengatasi rating sebuah lagi rancangan bual bicara pagi sebuah stesen swasta yang lain.


5.MALAYSIA HARI INI- TV3

Malaysia Hari Ini merupakan antara rancangan bual bicara yang paling lama siarannya di Malaysia. Jika diimbas kembali, Malaysia hari ini suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan segmen ‘Jejak Kasih’ yang dikendalikan oleh Aziz Desa. Kini, Malaysia Hari ini masih mendapat tempat dalam kalangan penonton.






















1 comment:

  1. yg paling sy suka,,kt bawah sekali,,simple n quite information rancangan temu bual..huhuhu =)

    ReplyDelete