Saturday, February 5, 2011

Saya Ingin Menjadi Blogger Pilihan Di Sahabat Blogger”

Nama Blog

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF

Kenapa pilih nama url blog yang ada pakai :

www.mohdhaniffmohammadyusoff.blogspot.com

Saya memilih nama saya sendiri sebagai url blog saya. Saya tidak menggunakan nama pena sebagai lambang siapa saya. Hal ini kerana saya cukup berbangga dengan nama saya sendiri dan nama ini jugalah yang saya gunakan dalam bidang penulisan saya.

sudah berapa lama berkecimpung dalam arena blog dan kenapa :

Saya hanya kerdil sahaja dalam penulisan blog ni. Saya mula menulis di blog pada tahun 2009. Siapalah saya jika nak dibandingkan dengan blogger-blogger hebat yang lain seperti abang Ben. Saya mengambil keputusan untuk memiliki blog sendiri atas dasar ingin berkongsi rasa, karya dan ingin meluaskan lagi rangkaian kenalan melalui blog.

Apa yang anda ‘aspect’ dari dunia blog anda :
Dunia blog sangat meluas. Kita bebas untuk menukilkan apa sahaja pada blog peribadi dan blog kita mampu diakses ke seluruh dunia. Menariknya, minat setiap individu setiap blogger adalah berbeza, jadi cara penyampaiannya juga berbeza. Nah, kita peroleh manfaatnya bersama.

sahabat blogger itu apa pada diri anda & juga blog anda :

Saya antara kelompok terawal menyertai komuniti Sahabat Blogger di laman social Facebook. Saya melihat dari jumlah ahlinya berpuluh-puluh menganjak ke tiga angka dan kini telah pun mencecah ke angka ribu. Sahabat Blogger sangat bermakna bagi saya kerana telah mempertemukan ramai blogger dan kami berkongsi cerita, mentakrifkan masalah blog masing-masing serta bergurau senda. Komuniti Sahabat Blogger sangat berkait rapat dengan blog peribadi saya kerana, jumlah pembaca blog saya semakin ramai dan terserlah kemeriahan dan kegembiraan setiap kali melihat blog sendiri.

1 comment: