Thursday, February 3, 2011

SAYA, BLOGGER IKON MENGUCAPKAN 'HAPPY CHINESSE NEW YEAR'



Petang ini saya mencicip secangkir teh susu, lalu menaip catatan berkenaan Tahun Baru Cina anjuran komuniti Sahabat Blogger. Tahun ini mengikut kalendar masyarakat Cina adalah tahun arnab. Seperti yang kita sedia maklum, arnab merupakan salah satu haiwan peliharaan yang comel. Menjadi kebiasaan, masyarakat cina akan berkumpul bersama-sama ahli keluarga mereka untuk acara ‘Makan Besar’ sebelum tibanya Tahun Baru Cina. Pada ketika inilah, mereka mengambil peluang untuk beramah mesra bersama ahli keluarga setelah lama tidak berjumpa.

Ucapan: Saya sebagai warga Malaysia berbangga untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya. Semoga kita terus mengguyur perpaduan di ranah Malaysia ini. Keharmonian ini akan terus mekar jika kita saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Perbezaan agama, bangsa, etnik, budaya, pegangan dan pemikiran bukanlah penghalang untuk kita bersatu padu. Buktikan pada dunia, kita adalah 1 Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina, gongxi fa cai.

Salam Satu Malaysia!



1 comment: