Pagi itu cerah seperti biasa. Saya dan kawan-kawan masih lagi dalam mood percutian dan pagi itu menceritakan segalanya. Sebenarnya, seawalnya saya berat hati untuk mengikuti percutian ini. Entahlah, hati sudah tergerak begitu, tetapi saya abaikan akhirnya. Ketika asyik, bersuka ria dalam kolam renang di chalet tempat kami menginap, saya dapat rasakan kaki saya terkena sesuatu dan luka. Saya terus keluar dari kolam dan memang benar, kaki saya luka dan darah tanpa henti keluar mengalir. Lukanya agak dalam. Biarpun, saya sudah membasuh luka dengan air bersih, darah masih keluar tanpa henti. Usai sahaja mandi dan menjamah sedikit nasi, beberapa orang kawan saya membawa saya ke Hospital Yan dan terus masuk ke bilik pembedahan. Darah terus keluar mengalir. Pertamanya, saya menerima suntikan di bahu. Sehingga hari ini sakitnya masih terasa di bahu. Seterusnya, tempat luka disuntik beberapa kali. Percayalah, saya rasa sangat perit ketika itu. Bukan sekali, tetapi tiga kali rasanya mengerang kesakitan disuntik di tempat luka. Kaki saya rasa kebas dan ketika itulah tempat luka itu dijahit. Sesekali saya menoleh, tak sanggup rasanya untuk melihat darah yang masih mengalir. Perit sangat. Sakit sangat. Itu yang dapat saya katakan selepas dijahit. Saya tahan, saya cuba tabahkan hati kerana tidak mahu percutian rakan-rakan yang lain menjadi hambar. Malam itu, saya tak dapat tidur kerana menahan sakit. Hari-hari selepas itu, lukanya semakin kering cuma sakitnya masih terasa. Saya redha dengan apa yang berlaku. Ini ingatan Tuhan untuk saya, hamba-Nya yang selalu lalai akan perintah-Nya. Semoga sakit yang saya tanggung ini adalah kifarah darin-Nya. Amin.
=)
ReplyDeletesemoga luka ue beransur pulih ye abg haniff..
alahai, nape tu,., sdey nye.. nape darah xbenti,,
ReplyDeletedah ok ke?
haishh ngilunye, anip yg cerita tapi zati terase huhu, ngiluuuu
ReplyDeletehope kesakitan beransur pulih seperti sediakala :)