Wednesday, March 2, 2011

KELUARGA SKYPE SAYA


Pernah berskype? Saya baru sahaja mengenali dunia skype ni dan saya ada keluarga skype saya sendiri. Kami sangat akrab biarpun tidak pernah bertemu. Keluarga skype ini juga ialah keluarga bahagia saya seperti keluarga MPR 2009 saya. Kalau nak diimbas kembali, rasanya hamper sebulan sudah kami berkenalan. Saya masih ingat waktu tu, baru sahaja dua hari kami kenal, tetapi dah bergolek-golek gelak sorang-sorang dalam bilik. Kalau nak diceritakan dengan terperinci setiap seorang, sampai esok pun belum habis. Saya selesa bersama mereka, berkongsi cerita. Habis sahaja cuti pertengahan semester yang lalu, saya sudah jarang berskype dengan mereka. Kekangan masa dan lambakan tugas yang ada membataskan saya untuk bersama-sama mereka. Walau bagaimanapun, mereka tetap di hati saya. Oh ya, saya memperolehi gelaran ‘ANIP SWEET’ daripada mereka. Seperkara lagi, kami berenam pernah merungsingkan ahli-ahli komuniti Sahabat Blogger yang lain apabila kami menggunakan gambar profil yang sama dan saling membalas komen di komuniti Sahabat Blogger di Facebook. Kelakarnya!!! [Keluarga skype saya-HANIFF, WAN, FIT, MIRA, YANA, ZATY]

4 comments:

  1. oh anip, aku sayang kau. hehehe. terima kasih =)

    ReplyDelete
  2. terharu, rindu korang semua, syg semuanya, harap persahabatan ini kekal utk selamanya insyaallah :)

    ReplyDelete
  3. abg fitri-syg abg fitri n abg haniff juga..
    kaka zaty--rindu korang jugak..syg juga..amin..harap begitu lah...

    ReplyDelete
  4. yeehaha!! wan's here!!!!!!
    anep gule!
    ahaha..
    saya sayang sumenye! ecehceh,,
    da sebulan ek..
    <--idea sape la profile pic same tU!

    ReplyDelete