Sunday, February 20, 2011

AKU REDHA

Pagi itu cerah seperti biasa. Saya dan kawan-kawan masih lagi dalam mood percutian dan pagi itu menceritakan segalanya. Sebenarnya, seawalnya saya berat hati untuk mengikuti percutian ini. Entahlah, hati sudah tergerak begitu, tetapi saya abaikan akhirnya. Ketika asyik, bersuka ria dalam kolam renang di chalet tempat kami menginap, saya dapat rasakan kaki saya terkena sesuatu dan luka. Saya terus keluar dari kolam dan memang benar, kaki saya luka dan darah tanpa henti keluar mengalir. Lukanya agak dalam. Biarpun, saya sudah membasuh luka dengan air bersih, darah masih keluar tanpa henti. Usai sahaja mandi dan menjamah sedikit nasi, beberapa orang kawan saya membawa saya ke Hospital Yan dan terus masuk ke bilik pembedahan. Darah terus keluar mengalir. Pertamanya, saya menerima suntikan di bahu. Sehingga hari ini sakitnya masih terasa di bahu. Seterusnya, tempat luka disuntik beberapa kali. Percayalah, saya rasa sangat perit ketika itu. Bukan sekali, tetapi tiga kali rasanya mengerang kesakitan disuntik di tempat luka. Kaki saya rasa kebas dan ketika itulah tempat luka itu dijahit. Sesekali saya menoleh, tak sanggup rasanya untuk melihat darah yang masih mengalir. Perit sangat. Sakit sangat. Itu yang dapat saya katakan selepas dijahit. Saya tahan, saya cuba tabahkan hati kerana tidak mahu percutian rakan-rakan yang lain menjadi hambar. Malam itu, saya tak dapat tidur kerana menahan sakit. Hari-hari selepas itu, lukanya semakin kering cuma sakitnya masih terasa. Saya redha dengan apa yang berlaku. Ini ingatan Tuhan untuk saya, hamba-Nya yang selalu lalai akan perintah-Nya. Semoga sakit yang saya tanggung ini adalah kifarah darin-Nya. Amin.

Aku redha, Ya Maha Cinta

CONTEST SAYA SUKA JONKER WALK

Sekarang saya ingin mengisi catatan di blog saya ini dengan catatan yang berbentuk segmen dan pertandingan anjuran Hazwan @ Wan Anlene pula. Kalau dapat memikat hatinya, boleh dapat hadiah yang comel. Pernah pergi Jonker Walk, Melaka? Saya tidak pernah sama sekali sampai ke sana, jadi saya tidak dapat untuk menghuraikan keistimewaan tempat yang bernama Jonker Walk itu. Baiklah, berikut merupakan antara gambar yang diambil oleh Wan. Satunya akan saya puji habis-habisan dan lagi satu gambar akan saya kutuk habis-habisan juga.



GAMBAR UNTUK DIPUJI


Cantik. Sangat cantik. Sudut pemandangan gambar ini diambil sangat menarik dan keadaan gambar yang tidak nampak sesak, tenang sahaja pemandangannya. Kereta yang menjadi elemen utama dalam gambar ni nampak sangat menarik kerana berkonsepkan klasik dan konsep klasik itu dikukuhkan lagi dengan persekitaran yang nampak tidak menonjolkan kemodenan. Klasik itu menjadikan gambar ini mahal! Seperkara lagi berkaitan dengan skema warna yang terdapat dalam gambar ini. Warnanya tidaklah terlalu gelap dan tidak juga terlalu cerah.

GAMBAR UNTUK DIKEJI



Buruk. Sangat buruk.Siapa yang tangkap ni??? Wan, gambar ini sangat tidak seimbang. Nampak celaru sangat gambar ni dan apakah motifnya? Gambar ini tidak cantik! Sangat buruk! Sila baiki ! Boleh ke dikeji sebegitu? Harap panel penilai menerima kejian yang diberikan.