Sunday, June 13, 2010

TEMUDUGA PENERBIT RANCANGAN


Surat panggilan temuduga SPA

Berkongsi pengalaman itu indah dan puas rasanya apabila dapat dikongsikan dengan orang lain. Harus diingat segala yang kita perolehi bukanlah milik kita yang hakiki. Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya menjalani temuduga (saya kira lebih sesuai frasa ‘ujibakat’ digunakan). Pertengahan tahun lalu, saya mencuba mengisi borang permohonan kerja atas talian yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana masih dalam pengajian tetapi sekurang-kurangnya, saya dapat mengumpul pengalaman dan berjumpa dengan orang.

Sebenarnya, saya menerima beberapa surat panggilan temuduga sebelum ini tetapi saya abaikan sahaja. Seterusnya, pada bulan Mei 2010, saya mendapat surat panggilan temuduga untuk jawatan Penerbit Rancangan Gred 41. Hati saya membuak-buak untuk mencuba tambahan pula tengah cuti semester. Beberapa hari kemudian, saya mendapat surat yang lebih kurang sama. Ya,lebih kurang sama kerana juga surat panggilan temuduga Penerbit Rancangan tetapi Gred 27 pula.

Temuduga diadakan di Jabatan Penyiaran Negeri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kedah. Pada tanggal 17 Mei saya menghadiri temuduga yang pertama tersebut. Hari itu terdapat ramai juga peserta yang hadir. Saya bergiliran tiga terakhir pada hari tersebut dan penat menunggu kerana pada pukul 4 petang lebih baru tiba giliran saya. Untuk ujian suara kami diminta membaca dua petikan berita yang telah disediakan iaitu petikan pertama ialah dalam bahasa Melayu dan petikan kedua adalah pilihan (sama ada bahasa Inggeris, bahasa Mandarin atau bahasa Tamil). Petikan bahasa Inggeris menjadi pilihan saya. Seterusnya bagi ujian penyampaian ialah; 1) penyampaian berita (wajib)- isinya telah diberi tetapi kami perlu mengarang ayatnya sendiri. 2) kami diberi pilihan sama ada untuk memilih jenis penyampaian yang diinginkan (sama ada pengulas acara sukan atau pengulas siaran langsung atau laporan wartawan lokasi atau juruhebah). Saya memilih untuk menjadi juruhebah kerana kami bebas untuk mengemudi rancangan sendiri tetapi perlu disesuaikan dengan waktu pagi. Saya menamakan rancangan tersebut ‘Forum’ dan saya membawakan topik ‘Bahasa Melayu’. Saya siap berpantun lagi (kreativiti namanya, harap dapat menyumbangkan markah).

Temuduga seterusnya, saya lebih semangat kerana pengalaman menjadi bekalan saya. Hari itu juga saya lebih mesra dengan peserta yang lain berbanding dengan yang sebelumnya (terima kasih kakak dan abang yang menegur saya). Bilangan yang hadir pada hari tersebut juga tidaklah seramai yang pertama. Saya bergiliran ke-12 hari itu. Semasa masuk ke konti, suasana ceria dihidupkan oleh seorang kakak yang cam muka saya pada yang pertama kali yang lalu. Juri sempat bertanya sama yang pertama saya membuat yang terbaik atau tidak? Saya dengan selamba menjawab ‘tak bagus’. Mereka ketawa berjemaah ketika itu. Kata mereka, saya sendiri menghakimi diri saya. ‘Kalau macam tu, kamu kena buat yang terbaik yang ni’, pesan salah seorang juri pada saya. Saya melangkah masuk ke sebuah lagi bilik iaitu konti. Ya, saya merasakan saya telah melakukannya dengan terbaik dan lebih puas rasanya jika dibandingkan dengan temuduga yang pertama kalinya. Ketika keluar dari konti, juri seperti kagum dengan usia saya yang masih muda.

Saya pernah menyimpan impian untuk berkhidmat dalam bidang penyiaran. Saya juga mengimpikan mempunyai rancangan bual bicara sendiri. Saya sering bercita-cita mengendalikan sebuah rancangan berbentuk majalah. Selepas STPM yang lalu saya pernah menghantar resume dan gambar untuk pencarian pengacara di RTM. Saya dipanggil untuk ditemuduga, tapi saya abaikan sahaja. Awal tahun ini, RTM telah datang memeriahkan Karnival 3K (Kesenian, Kebudayaan dan Keusahawanan) di UUM. Saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai sesi ujibakat penyampai berita.

Semuanya pengalaman yang indah buat saya tetapi saya tahu banyak lagi perkara yang harus saya pelajari dan pastinya banyak cabaran dalam bidang penyiaran ini. Berbalik kepada kedua-dua temuduga yang saya hadiri, saya tidak tahu bilakah keputusannya. Biarlah takdir yang menentukan masa depan saya kerana perancangan Dia adalah yang terbaik. Saya sudah melakukan yang semampunya pada kedua-dua temuduga (saya rasa frasa ujibakat lebih sesuai) tersebut.




Ujibakat penyampai berita RTM



26 comments:

  1. muga berjaya mencapai cita-cita hendaknya

    ReplyDelete
  2. Salam Abg anip,

    Semoga berjaya menjadi penyampai berita yang berjaya.mesti kalah Ahmad Fedtri Yahya dan Ally Iskandar.

    ReplyDelete
  3. Salam. Gred 41? masih belajar tetapi sudah apply...boleh ke?
    Sekadar bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dh ada degree smbung master kot

      Delete
  4. Bukan kacang sebarang kacang.
    Kacang melilit si kayu jati.
    Bukan datang sebarang datang.
    Datang membawa hajat di hati.

    Anak raja main congkak,
    Main congkak punya pelan ,
    Boleh saya tumpang bertanya,
    salam dihulur tanda persahabatan,

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME—WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
    ~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
    ~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
    ~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
    ~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    good luck for you job

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi.. Saya pun dapat panggilan untuk menghadiri Ujian Amali dan Bertulis untuk Penerbit Rancangan gred B41 dan sekarang ni memang tengah buntu kerana tak boleh bayangkan macam mana situasi ketika Ujian tu dijalankan.. Tapi bila da baca entry saudara ni, saya rasa sedikit lega.. Terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  6. salam..boleh emel saya tak..sy nk tanya tentang temuduga ni.. faratikah91@yahoo.com ..saya jugak dpat interview penerbit rancangan gred B41 23hb ni... xtahu nk buat persediaan mcmna...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. nk tanya boleh? Kalau ujibakat untuk tahun 2017 ni masih sama mcm ni ka? Atau ada perubahan? Sy dpt ujian khas & bakat penerbit rancangan B19 bulan 10 ni..

    ReplyDelete
  8. Hello, dia ada tanya soalan lain contohnya siapakah nama pengarah RTM, nama Dj dalam RTM kah? terima kasih

    ReplyDelete
  9. Hi, nak tanya bagi ujian khas dan bakat bagi pelantikan penerbit rancangan gred B19 mcm mana yer?

    ReplyDelete
  10. BOleh kongsi tip ...10/10 saya ada temuduga untuk penerbit rancangan gredB19😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok interview kerr?samalh esok sy interview jg..tp dmana?

      Delete
  11. Saya pun ada temuduga jugak 9/10/2017 ni..tgk lampiran di kasi penilaian 1 dan penilaian 2..apa yerr penilaian dia....blh tolg kongsi....?...

    ReplyDelete
  12. saya pun dapat email jemputan temuduga penerbit rancangan b19 ni.. Kongsilah sama2 kat sini.. hihi

    ReplyDelete
  13. Hye.. assalamualaikum, saya pun mendapat email mengenai temuduga bagi gred b19.tidak banyak info yang saya dapat..sesiapa yang mendapat sedikit sebanyak tips boleh lah kongsi di sini atau email saya mafuaville@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalh saya pun xbnyk info..sebb i first time p iv ni penerbit rancangan b19

      Delete
  14. Kekosongan hany 40 je persaingan hebat. Peberbit rancangan @ preducer... tugas2 penerbit rancangan.

    ReplyDelete
  15. Hi,sy baru lepas exam online penerbit rncangan gred41. tgh tnggu panggilan temuduga ni.ada lg yg sama mcm saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. lepas lulus exm online hari tu akan ada assesment center(PAC)

      Delete
    2. Hi boleh tahu kenapa ianya dipanggil uji bakat dan bukanya temeduga? sbb seram dgr perkattan uji bakat ni. Dan apakah yg akan di lakukan dalam uji bakat tersebut?

      Delete
    3. Hai..20 hb 3 ni sy ada temuduga di rtm ipoh perak

      Delete
    4. saya uji bakat di rtm kedah esok, siapa lg? boleh kenal2. ni no saya. 0132010271

      Delete
  16. Saya pun sama tgh tggu panggilan temuduga bagi gred b29

    ReplyDelete
  17. Saya dpt kt RTM Terengganu. Terima kasih tuan blog kongsi pengalaman. Dapat juga point2 rujukan. Sama2 buat terbaik!

    ReplyDelete