Thursday, March 3, 2011

MEREKA BELANJA SAYA PIZZA HUT

ini saya yang comel

inilah tiga orang adik saya yang manja

saya dan Eja

Ayam Eja

Maz punya

ini saya punya Mariana

ini ratu keju yang punya

ini menu utama kami, saya juga yang habiskan!

Kami berempat ialah adik-beradik, tapi bukan adik-beradik kandung pun. Mereka memanggil saya abang dek usia mereka yang muda setahun (budak Matrik). Selasa lalu, mereka telah belanja saya Pizza Hut sebagai sambutan ulangtahun kelahiran saya yang lalu. Sedap sangat, semua saya habiskan…hahahaha. Pada mulanya saya pun tidak tahu ke mana akan saya di bawa. Kata mereka, mereka ingin membawa saya ke stesen minyak untuk mengepam tayar kereta. Sukanya mereka menyakat saya dan gelak bergolek-golek dalam kereta. Hari itu baru saya tahu bahawa Fatin ialah Ratu keju. Bukan main lagi dia menambah serbuk keju dalam makanannya. Sesuai sekali gelaran yang kami berikan. Si Anizar @ Eja pula kami gelarkan sebagai Ratu Ayam, tapi tak habis pun ayam yang Eja makan. Saya juga yang habiskan ayamnya. Si Maz pula suka ambil gambar. Bolehlah, ada bakat untuk jadi jurugambar. Tidak sempat merasa bebola daging dalam makanan Maz tu. Terima kasih Ftain Azreen, Anizar dan Mazlinah sebab belanja abang Haniff ya.

2 comments: