Thursday, March 3, 2011
GRAND DINNER INTAFF 'NIGHT OF SPLENDOUR'
Makan malam perdana penuh gemilang telah terlaksana dengan jayanya di Hotel Park Avenue, Sungai Petani Kedah. Ini merupakan kali pertama saya menyertai ‘Grand Dinner’ kos saya iaitu Pengurusan Hal ehwal Antarabangsa. Perjalananan dari Sintok ke sana mengambil masa lebih kurang dua jam. Biarpun kaki masih sakit, saya tetap ingin bergaya sakan pada malam itu memandangkan saya telah menyediakan segala kelengkapan termasuklah kot saya sendiri yang bernilai RM 150. Malam itu saya menahan sakit sedikit apabila kawan saya yang berkasut memijak kaki saya. Aduh…… Walau bagaimanapun, demi kawan-kawan, saya gagahkan diri. Banyak juga hidangan yang saya sajikan tetapi saya memang tidak berselera untuk makan. Saya hanya makan nasi goreng, ayam seketul (itu pun tidak habis) dan beberapa hirisan sayuran. Malam itu, masing-masing penuh bergaya cuba memenuhi tema pakaian iaitu ‘Oscar Night’. Keesokan tengah harinya, barulah kami berangkat pulang ke Sintok semula. Malam yang tidak mungkin akan dilupakan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ye,makan malam yang hebat!
ReplyDeleteAwak sungguh kiut malam itu :)