Bumi mentafsir manusia kini
berkiblat songsang
tiada darah iman yang mengalir
dek jahil ajaran Muhammad.
Bumi jadi saksi
bayi anugerah tercipta
tiada dosa
jadi mangsa
dibuang merata-rata
tinggal jasad tidak bernyawa
roh kemanusiaan sirna
mati dalam kekalutan dunia.
Bumi memekik memaki manusia
kejamnya manusia, si khalifah di Bumi!
MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF
Sintok Kedah.
MINGGUAN MALAYSIA
AHAD, 9 MEI 2010
Kuat tak dia pekik bang? Tak rosak ke suara dia?^_^
ReplyDeleteTak la. Perlahan sahaja dia pekik wahai Ahmad Muziru Idham.
ReplyDeleteOh. Perlahan je. Ingat kuat juga tadi. Tu sampai maki2 tu? Tak kuat lagi ke tu? Biasa kalau orang maki2, mesti suaranya kuat. Haha.
ReplyDeleteItu orang dik...
ReplyDeleteini Bumi...Bumi perlahan sahaja....haha...
Oh, baru tahu, Best la abang dapat dengan bumi berkata-kata. Haha. Entah-entah bumi ni duk ngumpat ek. Hehe.
ReplyDeleteHaah...erk...
ReplyDeleteada sahaja kamu ni...
sajak ni biasa sahaja. Tak sangka pun disiarkan. Alhamdulillah.
Kamu tu dah berapa kali masuk mingguan...
Bagus!
Haha. Takdelah. Tu kisah lama. Usah dikenang kembali. Hehe.
ReplyDeleteerrkkk,...
ReplyDeleteAhmad Muziru Idham, lama tak masa yang diambil untuk kamu menghasilkan sebuah sajak?
Haha. Itu tidak tetap. Ada sekejap, ada lama. Ada sampai 3 bulan buat sajak. Ada juga kadang-kadang tak sampai sehari buat, terus hantar dan ada yang tersiar. Haha. Kenapa?
ReplyDeleteLupa nak bagitau. Sajak pertama saya di MM saya buat tak sampai 2-3 jam. Hantar dan minggu depan terus tersiar. Kalau abang belek buku karya MPR tu, tajuknya Suara Nurani.
ReplyDeleteSaja bertanya. Nak belajar dari kamu. Kadang-kadang, Abg Anip pun sehari sahaja buat sajak. Abg Anip nak minta pandangan kamu pada kualiti sajak-sajak abg Anip...
ReplyDeleteHaha. Kalau perbicaraan pasal kualiti ni, agak subjektif. Secara peribadi saya merasakan kualiti karya tak ada ukurannya sebab ia tak boleh dibuktikan dengan sesuatu yang konkrit. Cumanya mungkin kita boleh ambil garis panduan yang ditetapkan oleh sayembara2 macam HSKU untuk kita nilai jauh mana takah kualiti karya kita "untuk memenangi sayembara tertentu."
ReplyDeleteadik, macam mana tu? Oh, kalau kita menag HSKU tu maknanya berkualiti la...begitukah?
ReplyDeleteHaha. Bukanlah bang. Saya tak kata pun begitu. Dan abang harus ingat, tidak semestinya kita tidak menang sesuatu sayembara, bermakna karya kita tidak berkualiti. Itu pandangan yang silap. Semuanya bergantung kepada rezeki. Malah, ada yang tidak menang sayembara tu, karyanya lebih hebat daripada yang menang sayembara. Panel juri juga manusia dan mereka pun punya citarasa yang tersendiri dalam memilih karya-karya tertentu untuk diisytiharkan sebagai pemenang.
ReplyDeleteSoal kualiti ni, kita tak boleh nak tentukan. Kita tak boleh kata karya tu tak berkualiti, karya ni berkualiti. Kita sendiri yang menilainya mengikut citarasa dan kematangan pemikiran kita. Contoh. Abang buat suatu sajak yang lebih mengutamakan luahan pemikiran daripada simbol-simbol. Mungkin kalau abang tanya Zaen Kasturi, dia kata sajak abang tak bagus sebab kurang bermain dengan simbol-simbol. Hal ini kerana citarasa Zaen Kasturi dalam karya2 nya banyak bermain dengan simbol-simbol yang bersifat peribadi. Tapi mungkin kalau abang tanya SN Muhammad Haji Salleh, dia kata sajak abang bagus sebab lebih mengutamakan pemikiran. SN Muhammad Haji Salleh kan orang intelektual dan mengutamakan pemikiran dalam karya-karya nya. Sebab tulah saya kata, kualiti ni sesuatu yang abstrak. Pendek kata, citarasa seseorang yang menjelaskan kualiti sesuatu karya. Cumanya, kita berusaha untuk perbaiki karya kita ke arah sesuatu yang kita rasakan itu adalah baik dan berguna untuk masyarakat. Itulah yang dinamakan Seni Untuk Masyarakat. ^_^
Oh...ilmu yang berguna.
ReplyDeleteOk, pandangan peribadi kamu pula untuk puisi Bumi Memekik ni...
nak hentaman yang dasyat ya...
Haha. Saya tak layak nak menilai karya abang yang dah super boom tu. Haha. Analisis karya rasanya kurang tepat nak dibicarakan di sini. Elok dalam ruang yang lebih bersifat peribadi dan dua hala saja.^_^
ReplyDeleteok...kirimkan sahaja melaui inbox FB ya...
ReplyDeleteHaha. Tengoklah dulu. Saya cuba fikir2 kan. Hehe. Tapi, bukan sekarang ya. Sekarang saya sedang buat kerja sekolah. Perlukan ruang khusus nak analisis karya ni.^_^
ReplyDeleteya...buat kerja sekolah tu dulu...
ReplyDeletemacam la abg Anip ni kejam...=)