Sunday, February 12, 2012

ANGKUH DI BUMI TUHAN

Kitalah pemuja kuasa peterana

juga taksub pada emas permata

yang punya magis menggila

menawan dunia sekelip mata

-kononnya.

Berjalanlah kita dengan sepatu angkuh

hidung kian meninggi

mendada tanpa berpaling

menunding tanpa menjeling

menguis-nguis tanha lembah

terkebil-kebil mencari permaidani indah.

Demikianlah kita si manusia alpa

bongkak di BUmi Tuhan

atas segala pinjaman.

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF

Kuala Lumpur

-Disiarkan dalam Berita Minggu, 5 Februari 2011

-sebumbung dengan Mohd Helmi Ahmad! =)

2 comments:

  1. Tahniah!Semoga menyuntik semangat untuk terus berkarya(terima kasih juga kerana meletakkan sana saya di akhir entri)

    ReplyDelete