#SAYANGSAYANG

Sunday, February 19, 2012

NASKHAH TOK LAH


Alhamdulillah, pagi semalam saya menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dan emel dari seorang rakan penulis yang memberitahu perihal karya keempat untuk tahun ini yang disiarkan dalam akhbar selama empat minggu berturut-turut. Kali ini cerpen pula, 'Naskhah Tok Lah'. Teringat pada cerpen pertama saya yang disiarkan dalam Berita Minggu, 'Tempe Malaya', yang sering menjadi usikan kawan-kawan. Saya tersenyum. Ramai kawan-kawan amat mengingati 'Tempe Malaya'. Terima kasih! Cerpen kedua di Berita Minggu ini tidak lagi menggunakan latar tempat Kampung Malaya, tetapi sebuah negeri Yalama. Seperti 'Tempe Malaya', saya tidak berterus terang dalam cerpen tentang apa yang ingin saya sampaikan, tetapi pembaca boleh mengangak apabila membaca nama-nama watak seperti 'Tok Lah' dan 'Seman'. Semoga tahun ini, saya lebih rancak menulis cerpen!

*Oh ya, kepada yang bertanya,bila saya hantar cerpen ini: jawapan saya: 26 Januari 2012.

7 comments:

  1. Tahniah ya Haniff. Semoga penyiaran karya ini akan menaikkan semangat Haniff untuk terus berkarya.

    ReplyDelete
  2. JAMILAH: Terima kasih!

    TETAMU ISTIMEWA: Terima kasih. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. hi,,i'm your new follower,,hihi..walaupun sarah x paham dunia puisi ni tapi wanna give u moral support..semoga terus berusaha dalam bidang karya penulisan ok..

    ReplyDelete
  4. Hai Sarah! Terima kasih awak! hehehe~

    ReplyDelete