Kitalah pemuja kuasa peterana
juga taksub pada emas permata
yang punya magis menggila
menawan dunia sekelip mata
-kononnya.
Berjalanlah kita dengan sepatu angkuh
hidung kian meninggi
mendada tanpa berpaling
menunding tanpa menjeling
menguis-nguis tanha lembah
terkebil-kebil mencari permaidani indah.
Demikianlah kita si manusia alpa
bongkak di BUmi Tuhan
atas segala pinjaman.
MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF
Kuala Lumpur
-Disiarkan dalam Berita Minggu, 5 Februari 2011
-sebumbung dengan Mohd Helmi Ahmad! =)
Tahniah!Semoga menyuntik semangat untuk terus berkarya(terima kasih juga kerana meletakkan sana saya di akhir entri)
ReplyDeleteTerima kasih dan sama-sama.
ReplyDelete