Sunday, September 12, 2010

TEATER RUMAH KEDAI JALAN SELADANG


Saya tidak pernah menonton teater, oleh yang demikian saya mengambil peluang yang saya perolehi untuk menonton teater Rumah Kedai Jalan Seladang yang telah dijayakan Kelab Teater Warna, PusaT Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia. Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Pusat Budaya dan Seni memudahkan lagi saya menyertai aktiviti ini. Sebanyak dua bas bertolak dari UUM untuk menyaksikan teater ini yang dipentaskan di Taman Budaya, Pumpong, Alor Setar, Kedah.

Setibanya di Taman Budaya, kami berpusu-pusu menyerbu kedai makan di seberang jalan bagi mengisi perut terlebih dahulu, tambahan pula masih awal lagi. Setelah itu, kami mengerjakan solat Maghrib di surau yang disediakan sebelum mengambil tempat di dalam auditorium.

Malam itu teater yang dipentaskan bermula selepas tetamu jemputan tiba mengambil tempat. Teater Rumah Kedai Jalan Seladang ini mengisahkan sebuah Mak Bee yang menjalankan perniagaan pelacuran di rumahnya sendiri dan belatar belakangkan zaman penjajahan Jepun.

Kredibiliti kesemua pelakon yang menjayakan teater tersebut tidak boleh dinafikan. Mungkin minat yang mendalam terhadap lakonan menjadikan teater pada malam itu benar-benar berkesan. Bagus persembahan yang mereka tonjokan pada malam itu. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua yang menjayakan teater pada malam itu. Mungkin ramai yang tidak tahu, UUM telah melahirkan ramai karyawan-karyawan yang menghiasi kaca-kaca TV seperti Mior Abdul Malek Raiyani (Pembaca Berita TV3), Wan Zila (Pengacara Agrotek TV1), Hazlin Hussin (Pengacara 999 TV3), Aida Gadis Melayu TV9, Saiful Nizam (Pembaca Berita TV3) dan kumpulan nasyid Firdaus.


No comments:

Post a Comment