Monday, December 8, 2014

CERPEN DALAM MINGGUAN MALAYSIA : LELUHUR

Pagi itu, saya menerima pesanan melalui aplikasi sosial 'Whatsapp' daripada abang Helmi (Mohd Helmi Ahmad) yang menyatakan bahawa cerpen ini disiarkan. Terima kasih abang Helmi, seorang penulis prolifik yang sentiasa saya pinjam semangat menulisnya. Semangat Darul Aman barangkali. Sebenarnya, saya akui bukan mudah untuk menembusi tembok ruangan Sastera di Mingguan Malaysia, Cerpen ini merupakan cerpen kedua saya yang mendapat tempat dalam Mingguan Malaysia selepas 'Katak di bawah Tempurung' yang disiarkan pada 10 Jun 2012 yang lalu. Saya kira tahun ini saya kemarau karya, rupanya hujannya Tuhan turunkan di penghujung tahun. Paling penting jangan pernah jemu menulis dan berputus asa, Oh, ya, saya juga sudah mula menggunakan nama pena Haniff Yusoff  sekarang dalam penulisan-penulisan saya. Terima kasih kepada editor yang memilihnya.

Kisah Rumi mencari abang Awi di Negeri Silam dan membawanya pulang ke Negeri Sekarang.

'Leluhur', Mingguan Malaysia, 30 November 2014

"...sebenarnya Tuhan lebih menyayangi Tok Mat. Yang masih bernyawa ialah semangatnya melestari budaya." Dan saya tertanya-tanya jika Tok Mat telah pergi terlebih dahulu dan sesungguhnya Negeri Silam hanya didiami abang Awi dan Tok Mat, siapakah gerangan orang tua yang menyapa saya di sungai sebbelum ini?

Saya biarkan soalan aneh itu gugur bersama derap langkah yang kian menjauh meninggalkan pusara Tok Mat.

Saya dan abang Awi menoleh buat kali terakhir pusara Tok mat sebelum meneruskan perjalanan ke Negeri Sekarang..."  -'Leluhur', Mingguan Malaysia : 30 November 2014.


*AL-FATIHAH buat pejuang sejati tulisan jawi, allahyarham Pak Matlob.*

9 comments:

  1. Tahniah, moga terus menulis. Lepas ni dah boleh kumpulkan untuk terbitkan kumpulan cerpen pula. Terus gigih berusaha untuk mencapai lebih apa yang dicapai pada tahap sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bang Helmi, Terima kasih juga untuk nasihatnya. Saya hargai.

      Delete
  2. tahniah anep.. proud of you.. nanti dah tulis novel, jangan lupa review.. nak beli nie.. peminat no 1 awak nie .kah

    ReplyDelete
  3. Tahniah Haniff! Teruskan menulis..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Terima kasih adik. Abang Anip masih dalam proses belajar menulis cerpen ni.

      Delete
    2. Waaaa.. Abang Anip ni kalau sekali teriar, mesti nak yang gempak-gempak je.

      Delete