#SAYANGSAYANG

Saturday, July 20, 2013

LEGASI BUKU & MAJALAH 'LEGASI'

Usia Legasi Oakheart sudahpun menjangkau lebih daripada setahun dan dalam setahun itu, Legasi Oakheart begitu giat dalam menerbitkan karya-karya penulis muda dan mendapat sokongan daripada banyak pihak.

Pada tanggal 20 Julai 2013 merupakan antara detik terindah dalam perjalanan sejarah Legasi Oakheart. Pada tarikh tersebut, Kedai Buku Maya Legasi Buku milik Legasi Oakheart telah dilancarkan. Anda boleh memesan buku-buku terbitan Legasi Oakheart melalui laman ini. Selain itu, anda juga boleh memesan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, majalah Pentas terbitan Istana Budaya, beberapa buah buku terbitan JS Adiwarna dan beberapa buah buku terbitan R A Fine Arts.

Klik gambar di bawah untuk terus ke Legasi Buku


Selain itu, majlis berbuka puasa Legasi Oakheart yang juga diadakan pada hari tersebut turut menjadi saksi bagi pelancaran majalah Legasi dan majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Editor Dewan Sastera, Tuan Fadli Al- Akiti.


Ayuh, kirimkan tulisan anda seperti cerpen, puisi, resensi buku, laporan aktiviti sastera dan juga surat pembaca kepada 
legasioakheart@gmail.com  

Selamat membeli-belah dan mengakrabi Legasi!

2 comments:

  1. Tahniah! Usaha yang dilakukan sangat dikagumi. Moga LO terus maju di masa hadapan.

    Teringin juga nak beli majalah ni. Mana tahu boleh sumbangkan karya.

    ReplyDelete
  2. Boleh apa salahnya. Sangat dialukan. Saya cuba maklumkan kemudian jika saya dapat majalahnya.

    ReplyDelete