#SAYANGSAYANG

Friday, July 19, 2013

KENANG-KENANGAN 100 TAHUN SEKOLAHKU


Saya melihat kembali koleksi rantai kunci yang saya ada dan saya jumpa persamaan antara dua rantai kunci ini. Kedua-duanya merupakan rantai kunci sempena ulang tahun ke- 100 sekolah saya. Kedua-dua sekolah ini berada di negeri yang berbeza dan mencapai usia 100 tahun pada tahun yang berhampiran, hanya berbeza setahun sahaja dan saya rasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada warga kedua-dua sekolah tersebut. SMK Sultan Yussuf , Batu Gajah Perak atau lebih mesra dipanggil SYS yakni singkatan bagi Sultan Yussuf School mencapai usia 100 tahun pada tahun 2007 (1907-2007). Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar Kedah pula mencapai usia 100 tahun pada tahun berikutnya (1908-2008). Persamaan seterusnya ialah kedua-duanya juga merupakan antara gedung pendidikan yang pernah menerima Sultan yang memerintah negeri masing-masing sekarang sebagai salah seorang pelajarnya. Seronok juga berada di sekolah premier atau sekolah lama ni kerana mempunyai sejarah yang menarik dan bangunan yang unik berbanding sekolah-sekolah yang lain.

5 comments:

  1. Pasti membangkitkan nostalgia kan. Sudah tentu kedua-dua sekolah ini hebat.

    p/s: Dah sampai ke surat dari ITBM?

    ReplyDelete
  2. Ya, nostalgia zaman persekolahan. Kedua-duanya sekolah lama dan dapat dirasai, sekolah-sekolah ini juga kepunyaan penduduk setempat kerana pengasasannya juga merupakan sebahagian daripada sejarah kawasan setempat.

    ReplyDelete
  3. Tak nak jawab ke soalan yang p/s tu? Sebab sampai sekarang tak ada berita pun dari ITBM. Duk tunggu juga surat tu.

    ReplyDelete
  4. Dah...dah sampai dah...terlupa nak jawab...hahaha... bulan Jun hari tu lagi mereka pos, tapi dikembalikan semula sebab di rumah saya tiada siapa untuk menerima surat tu....dua tiga hari lepas mereka baru pos semula selepas saya mengadu tak sampai.

    ReplyDelete
  5. Abang tak dapat pun lagi.

    Dalam surat tu, dia bagitau ke kenapa manuskrip tu ditolak? Tak nak cuba ke syarikat lain?

    ReplyDelete