#SAYANGSAYANG

Saturday, July 20, 2013

KEPUTUSAN SEMESTER KEDUA


Alhamdulillah, keputusan semester kedua telah pun diketahui. Sememangnya tugasan semester kedua memang sangat mencabar. Bayangkan, saya yang bukan dari aliran bahasa Melayu perlu membuat tugasan perbandingan pembentukan kata antara tiga buku rujukan tatabahasa. Secara rawak saya mendapat tugasan pembentukan Frasa Adjektif dan saya mengambil masa yang lama juga untuk siapkannya dan sayalah orang yang terakhir menghantar tugasan ini. Saya bandingkan pembentukan Frasa Adjektif antara Tatabahasa Dewan, Nahu Mutakhir Melayu dan Nahu Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, banyak yang saya pelajari daripada tugasan-tugasan yang diberi dan terima kasih kepada semua pensyarah yang sangat memahami dan baik hati.


4 comments:

  1. Tahniah! Memang sukar bagi yang bukan lulusan ijazahnya bahasa Melayu untuk menyambung master dalam bahasa Melayu. Tetapi, Hanif telah mampu lakukan. Saya pun belum ada master dalam bahasa Melayu. Cemburunya.

    ReplyDelete
  2. Susahnya bang...nak menangis saya membuatnya. Perlu mengkaji rujukan tatabahasa satu persatu.

    ReplyDelete
  3. Ketiga-tiga naskhah rujukan tatabahasa itu mempunyai perbezaan dari segi alirannya. Yang jelas, Tatabahas Dewan mengalami transformasinya, manakala Nahu Melayu Mutakhir lebih berfokus dari segi strukturnya.

    Walau apa-apa pun, tahniah dan saya begitu seronok mengkaji pembentukan kata dan frasa dalam bahasa Melayu. Kebetulan, tugasan semester lepas memperuntukkan hal itu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah !!!...Saya bukan dari golongan course anda..tapi saya tabik springg pada geng2 suka dan kena membaca dan buat kajian berbuku-buku...
    Tahniah... dan semoga berjaya...

    ReplyDelete