Friday, June 15, 2012

SAYA SUKA MEMERHATI!

Hahaha....apalah yang saya suka perhatikan tu ya? Ya, saya suka memerhati perkembangan penulisan sahabat-sahabat saya. Saya selesa berdamping dengan sahabat-sahabat penulis yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Adakalanya saya mudah mengingati tajuk-tajuk karya mereka, walaupun tidak mengingati keseluruhan karya mereka. Sebenarnya, saya harus akui bahawa penulis muda dan baharu semakin ramai dan persaingan semakin sengit. Saya sangat gembira melihat kejayaan-kejayaan sahabat-sahabat dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010 yang lalu. Mungkin sudah basi untuk saya menyelak kembali perihal HSKU 2010, tetapi kejayaan beberapa sahabat-sahabat sangat memberi inspirasi kepada saya. Antara penulis muda yang berjaya pada HSKU 2010 ialah Mohamad Hafiz Abdul Latiff, NurAdilla Rahim, dan Mohd Helmi Ahmad. Tidak lupa juga kepada penulis muda yang karyanya turut dipilih untuk disaring ke peringkat akhir iaitu karya Muzaf Ahmad dan Zulfazlan Jumrah. Muzaf Ahmad, sebenarnya saya sudah lama mengenalinya melalui puisi, cerpen serta rencana tulisannya di Dewan Siswa, dan tajuk puisinya iaitu 'Antara Jubin dan Mengkuang' sentiasa menjadi usikkan saya. Sepanjang 2011, sebenarnya banyak juga karya-karya penulis muda yang disiarkan dalam media-media terbitan Utusan. Antaranya:

1. MUZAF AHMAD :cerpen Tenda Harapan (Utusan Melayu Mingguan), cerpen Teraju Tiga (Mingguan Malaysia)

2. SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI : puisi Pintu Hukum (Mingguan Malaysia)

3. A. MUZIRU IDHAM : cerpen Sebelum Hujan Luruh dan gugusan puisinya yang mendapat tempat dalam Mingguan Malaysia sepanjang tahun 2011

4. KHALIL ZAINI: puisi Belau Langit Menangis (Mingguan Malaysia)

5. ZULFAZLAN JUMRAM: cerpen Marsum yang Panjang (Mingguan Malaysia)

Saya tidak tahu perasaan orang lain, tetapi saya sebenarnya akan turut berasa gembira melihat kejayaan sahabat-sahabat saya. Tidak sabar juga rasanya untuk menuggu HSKU 2011, mahu melihat karya siapa pula dijulang!

5 comments:

  1. Tahniah Haniff kerana sentiasa peka dan sensitif terhadap persekitaran. Menjadi seseorang penulis harus memiliki unsur-unsur ini agar setiap idea yang hadir mampu dicerap dengan berkesan.

    Dalam konteks pemerhatian terhadap pesaing-pesaing pula (sihat) saya melihat ramai penulis baharu yang muncul. Seperti yang saya katakan, saya tidak mahu mereka ini hanya muncul dengan satu karya kemudian bersorak hingga sepanjang tahun dengan kata yang kurang senang hanya hangat-hangat tahi ayam.

    Justeru, kita dan mereka harus berusaha dengan lebih gigih agar sesuatu pencapaian yang luar biasa mampu tercatat dalam sejarah penulisan kita. Insyallah.

    *Untuk makluman karya saya juga ada tersiar pada tahun 2010 di media Utusan tetapi sekadar di majalah Harmoni. Kepada sesiapa yang pernah membaca cerpen yang berjudul KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN, KOLAM dan LOCENG KRISMAS saya ucapkan terima kasih. Tidak ketinggalan juga sebuah puisi berjudul WAKTU BERSAYAP PUTIH.

    Diberi peluang untuk tersiar adalah suatu kejayaan juga apatah lagi jika disenaraipendek ke peringkat akhir. Kejayaan berganda jika ada rezeki menjulang kemenangan di pentas HSKU(panjang pula berceloteh kan)

    ReplyDelete
  2. *Maaf bukan karya tahun 2010, tetapi 2011.

    ReplyDelete
  3. TETAMU ISTIMEWA: Wah, banyak juga tu. Majalah Harmoni pun, tetap layak untuk dinilai dan semoga berjaya! Teruskan! Tahniah!

    ReplyDelete
  4. Kagumnya saya dengan bakat-bakat muda seperti mereka, Haniff!

    ReplyDelete
  5. BEA ADRA: Ya, ramai penulis-penulis muda yang hebat sekarang seperti awak juga!

    ReplyDelete