Tuesday, July 3, 2012

CINTA SENAFAS ANGSA

Hari ini, 3 Julai 2012 merupakan antara hari bersejarah buat beberapa orang penulis. Sebanyak 30 judul karya asli terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dilancarkan oleh Menteri Perdana Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Salah satunya ialah kumpulan cerpen 'Cinta Senafas Angsa' oleh Tuah Sujana. Terdapat 15 buah cerpen tulisan Tuah Sujana dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini termasuklah cerpen 'Cinta Senafas Angsa'. Secara peribadi, saya amat mengagumi tulisan-tulisan indahnya. Walaupun di usia muda, cerpennya cukup matang dari segi pengolahan cerita dan juga gaya bahasanya. 'Sebelum Rintik', 'Kidal' dan beberapa lagi cerpennya cukup membuatkan hati saya tenang ketika membacanya. Tenang dalam erti kata, jatuh cinta pada setiap ayat-ayatnya. Kepada yang berminat untuk membeli kumpulan cerpen penulis muda berbakat besar ini, bolehlah klik pada pautan ini : ITBM



*Capati oh capati

9 comments:

  1. Ya, saya juga memerhati perkembangan Tuah Sujana.

    Saya juga ingin memiliki kumpulan cerpen ini.

    ReplyDelete
  2. Tetamu Istimewa: Bang Helmi, dia juga bakal guru nanti hehehe... selepas ni akan wujud la pula kumpulan cerpen bang Helmi.

    ReplyDelete
  3. Insyallah, Amin. Doakan ya.
    Jangan lupa buat entri Jerami Kasih ya.

    ReplyDelete
  4. Semalam aku datang untuk jumpa dia.
    Malangnya aku kena balik sebab ada panggilan kecemasan.
    Sampai saat aku menulis ini, aku tak dapat baca lagi buku angasa Tuah ni. haha

    ReplyDelete
  5. Khalil Zaini: Tak pa la belum berjodoh lagi tu...tapi dah dapat pegang Angsa Tuah tu dah kira ok la tu... hahaha

    ReplyDelete
  6. Wah, cikgu Tuah ada kumpulan cerpen sendiri. Nak beli dan baca!

    Lepas ni, buku kumpulan cerpen Abang Anip pula. InsyaAllah ^___^

    ReplyDelete
  7. NUR SUHADA: Haah, panas lagi kumpulan cerpen dia ni. Jom semua pakat beli kumpulan cerpen ni.

    Insya-Allah, tapi bukan tahun ni la...hehehe

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. semoga Azri aka Tuah sujana berjaya dan sentiasa aktif dalam menghasilkan karya karya seterusnya.

    bangga kawe bohh..:)

    ReplyDelete
  9. Arhhhh , abg sepupu kuu . popularr dah skarang . Tabikk sprinnggg arr ikaa ko abg azri.

    ReplyDelete