#SAYANGSAYANG

Friday, June 1, 2012

BERSIAR-SIAR DI TAMAN BUKU

Salam pertemuan. Sebenarnya nak bercerita fasal ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Ini kali pertama sebenarnya saya berpeluang merasai kemeriahan PBAKL. Ya, memang meriah. Ini antara kemeriahan pecinta buku dan juga penulis yang tidak boleh dinafikan, persis suasana hari raya bagi golongan-golongan ini.  Saya berlima ke sana pada hari terakhir PBAKL 2012 dilangsungkan pada kali ini. Saya, Syamil Adzman, Fathul Khair, Wafa Awla dan Mastura sampai ke PWTC dalam pukul 2.00 petang. Seronok betul bersiar-siar bersama mereka di taman buku!

Kami tidak sempat menerjah satu-persatu gerai buku yang ada, memandangkan masa kian pantas berjalan dan terlalu banyak rumah penerbitan yang ada. Antara gerai yang sempat kami kunjungi ialah ITBN, DBP, Utusan, Al-Hidayah, Telaga Biru dan Jemari Seni. Kalau ke PBAKL ni, tidak sah jika tidak bertemu dengan penulis-penulis. Kami sempat berjumpa dengan Kak Nisah Haron, Dr. Siti Zainon Ismail, Habiburrahman El Shirazy, Kak Ummu Hani Abu Hassan. Selain tu, sempat juga bertemu dan terserempak dengan mantan-mantan MPR yang lain -Aisyah Yazid, Nur Suhada, Hafizul Osman, Shamsul Amin dan Muzammil Rahim. Sempat juga kami melihat persembahan Pak Agi sebelum keluar dari PWTC dan menjamah nasi ayam pada petang itu kala perut sudah lama berdondang-dendang. 

Malam itu, saya dan Fathul Khair berkereta api Seandung Langkawi untuk pulang ke utara. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada PBAKL 2013 kelak pula.








4 comments:

  1. Haha ... seronok jalan-jalan petang tu. Tak rasa macam adik bongsu pon muehehehe :P

    ini nilai ukhuwah. Terima kasih semua . Doakan wafa sambung belajar tau. Ada masa kita turun lagi.

    ReplyDelete
  2. Wah! Kenangan yang dititipkan di sini...

    ReplyDelete
  3. Oh, kenapa tak senaraikan koleksi buku yang sempat dibeli. Nak juga tahu.

    ReplyDelete
  4. WAFA AWLA & FATHUL KHAIR: Jumpa lagi ya!

    TETAMU ISTIMEWA: Tak banyak pun yang dibelinya. Duit tak cukup....hehe..... Ada beli Damai Aku dalam Haruman Sakura (Hafizul Osman). Kumpulan cerpen Kalimah Cinta (Thoyba Mursyidah)dan Antalogi Cinta Sekerdip Embun HSKU 1999.

    ReplyDelete