Thursday, June 14, 2012

CERPEN 'KATAK DI BAWAH TEMPURUNG'


Pagi itu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari abang Helmi yang sebenarnya sedang menunggu bas untuk pulang ke Kuala Lumpur meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. SMS yang dikirimkan benar-benar membuatkan saya gembira. Siapa yang tidak gembira apabila karyanya disiarkan. Ini bukanlah percubaan pertama saya mengirim cerpen ke Mingguan Malaysia. Tahun lepas, pernah juga mencuba tetapi tidak berjaya, malah tahun lepas, tiada satu karya saya pun yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia. Cerpen 'Katak di bawah Tempurung' ini telah lama saya memperolehi ilhamnya, cuma saya mengambil masa yang lama untuk merangka ceritanya. Idea permulaan hingga perakhirannya datang secara satu persatu dan tidak sekali gus. Biasalah, perlu edit-mengedit juga. Sehinggalah pada petang Rabu (6 Jun 2012) itu sekitar pukul 5.02 petang saya mengirimkan cerpen ini dan tidak terduga ianya disiarkan pada hari Ahad (10 Jun 2012) dalam minggu yang sama. Penyiaran cerpen ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada saya untuk menulis lebih banyak cerpen memandangkan antara azam saya pada tahun ini adalah menulis lebih banyak cerpen memandangkan saya bermula dengan penulisan puisi. Bak kata Kak Salina Ibrahim, kita perlu mempunyai target dalam penulisan dan kata-kata itu saya pegang sehingga sekarang. Oh ya, kepada sahabat-sahabat, jangan takut untuk menghantar karya. Jika kita takut menghantar karya, sampai ke sudah kita tidak akan dapat menilai penerimaan editor ataupun orang lain terhadap karya kita. Terima kasih juga kepada editornya!

*Menulislah tanpa jemu!

5 comments:

  1. Tahniah! Semoga selepas ini mencuba di Dewan Sastera pula.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Baiklah,mahu mencuba Dewan Sastera pula. Dalam perjalanan. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah abang Anip. Sue ada baca cerpen tu. Suka suka suka. Nak tunggu karya yang seterusnya pulak lepas ni. :)

    ReplyDelete
  4. SUE: Terima kasih Sue. Karya seterusnya? Tunguuuuuuuu....hehehe....

    EFFA: Terima kasih Fa! =)

    ReplyDelete