Saturday, February 11, 2012

SEPEKAT KOPI UNTUK MEREKA

Saya tidak perlukan sesiapa untuk percayakan kata hati saya kerana setiap hati punya bicaranya yang tersendiri. Setelah beberapa bulan di kotaraya, saya mengambil keputusan untuk terus sahaja pulang ke desa. Kekangan yang terlalu menekan saya sehingga tiada lagi jalan terbaik untuk saya pilih. Saya teringatkan kepada mereka yang telah banyak menolong saya, menghadiahkan saya itu dan ini tanpa saya duga serta menjaga saya dengan baik. Paling penting saya tidak pernah menyesal selama akrab bersama mereka, kerana merekalah ‘cikgu’ yang mendidik saya. Terima kasih untuk sebuah kebahagiaan, dan maafkan saya atas segala kekurangan. Luahan rasa SEPEKAT KOPI ini telah lama saya nukilkan dan rasanya ingin saya kongsikan walaupun hakikatnya saya tahu banyak compangnya.

SEPEKAT KOPI

Aku menilik ketulusan mata kalian seketika

setelah itu kita memesan kopi tiga

dan aku mentafsir dari jiwa ke jiwa

mengapa kopi jua yang kita pilih bersama

sedangkan,

adakalanya kita tidak sefikir

tidak sekata.

Asalnya, kita dari ceruk desa berbeza

kerana tinta, kita bersatu

menulis kisah tanpa jemu.

Aku merenung zulmat kopi

dan aku mengerti

keakraban kita sepekat kopi.

-ANiP

Wangsa Walk-Jalan Semarak-Bangsar-Hutan Kampung

10 comments:

  1. Tahniah puisi di Mingguan Malaysia. Nampaknya kembali prolifik dalam berkarya.

    ReplyDelete
  2. Tetamu Istimewa: Saya tiada kredit nak balas SMS, nanti saya kirim emel.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Haniff. Kisah kopi dan karya di MM amat membanggakan kakak. Karya Haniff semakin matang dan bermakna. Tahniah! :)

    ReplyDelete
  4. Patutlah ingat semenjak dah popular ni dah tak ingat kita yang baru merangkak memanjat menara kreatif ni.

    ReplyDelete
  5. Kak Hasni: terima kasih kak! terharu mendengarnya.

    Abang Helmi: WAAAAA...mana ada, kalau saya tak balas SMS tu, memang saya tak de kredit la tu. saya jarang topup sebab kalau topup, kredit saya cepat habis...hehehe...=)

    ReplyDelete
  6. Abang gurau saja tau Adik Haniff, jangan terasa hati pula. Ok, abang akan nantikan emel daripada adik.

    ReplyDelete
  7. salam..

    puisi ini sgt bgus dan puitis..nur suka menulis sjk sjk dr skolah rendh lg..tp hya untuk diri sndiri.lgpon rasa2nya sy ni xbrapa kreatif sgt..

    slmat berkarya :)

    ReplyDelete
  8. Salam Nur.

    Pertamanya, terima kasih. Saya juga masih belajar.

    Wah, cuba la kongsikan sajak-sajak tu, dengan kawan-kawan ke, mintak pandangan mereka.....

    Teruskan menulis kalau minat!!! =)

    ReplyDelete