#SAYANGSAYANG

Saturday, October 27, 2012

NURUL FAREHAH JAAMAD- BUAH PENA ALUMNI MPR, TUNAS CIPTA SEPTEMBER 2012

Salam Satu Malaysia! Kali ini saya promosikan majalah Tunas Cipta September 2012 yang turut menampilkan Nurul Farehah Jaamad dalam ruangan Buah Pena Alumni. Secara peribadi mengenal Nurul Farehah ketika berbengkel di Port Dickson suatu ketika dahulu, beliau merupakan seorang yang pendiam orangnya. Dalam diam-diam, seorang yang rajin rupanya. Selepas sahaja MPR, bersungguh-sungguh beliau menghasilkan manuskrip dan nyatanya sangat membanggakan apabila beliau telah mempunyai beberapa buku yang telah diterbitkan. Dapatkanlah Tunas Cipta September 2012 ini yang turut menghidangkan karya kreatif penulis muda yang berpotensi semuanya. 

3 comments:

  1. Tahniah untuk Nurul Farehah. Effa merupakan seorang penulis yang gigih berusaha untuk mencapai sesuatu yang diingini. Seharusnya, semangatnya perlu dicontohi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Helmi. Moga kita sama-sama maju kehadapan, berlari sama laju dan ke puncak menara gading. Terus menulis ya.

      Delete
  2. Assalamualaikum, abg anip,

    Subhanallah, tak sangka abg anip sudi post entry pasal effa. Terima kasih banyak ya. Effa juga masih belajar dan belajar. Effa biasa-biasa sahaja abg anip. Hanya kita sahaja yang mampu majukan diri sendiri, bukannya orang lain. Jangan mudah putus asa.

    Helmi,
    Awak juga seorang penulis yang berbakat dan sangat hebat! Terus menulis ya. Moga perkongsian penulisan selama ini memberi ilham dan kekuatan kepada kita.

    *Abg anip, bagaimana dengan manuskrip tempoh hari? Okay? Harap-harap berjalan lancar.

    ReplyDelete