#SAYANGSAYANG

Saturday, October 20, 2012

BAHASA MELAYU D HATIKU

Sebenarnya ketika berada di semester akhir barulah saya terfikir untuk menyambung pelajaran. Ketika itu, minda saya benar-benar serius memikirkannya. Apabila memasuki alam praktikal, hati saya tidak berubah, masih tetap dengan pendirian untuk menyambung pengajian. Walau bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru, lalu hampir setahun saya berfikir serta berselidik tentang pengajian yang bakal saya sambung. Jujurnya, saya telah terpaut untuk menyambung pengajian dalan bahasa Melayu. Cita-cita saya sedari dahulu! Saya percayakan takdir yang ditentukan Tuhan dan akhirnya saya dapat apa yang saya hajati. Dalam kesedihan menerima berita permohonan saya untuk menyambung pengajian di UKM ditolak atas alasan saya bukan dari bidang bahasa, saya menerima panggilan dari UUM yang menerima permohonan saya selepas saya mengirimkan kembali surat tawaran sarjana yang tiba di rumah. Berbekalkan surat tawaran yang diberikan, saya memilih untuk menyambung pengajian dalam Bahasa Melayu Kontemporari. Pada mulanya, saya juga tidak yakin dengan permohonan saya itu memandangkan kawan-kawan lain sudah mula menerima surat tawaran rasmi. Tambahan pula kos yang saya pilih adalah menyimpang dari kos ketika di peringkat sarjana muda. Alhamdulillah, permohonan saya diterima untuk memulakan pengajian bagi semester September 2012/2013 dan sudah sebulan saya melaluinya!

4 comments:

  1. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tentu ada hikmah di sebaliknya. Allah Maha mengetahui perkara yang terbaik untuk para hamba-Nya. Tahniah sebab diberi peluang untuk menyambung pengajian di dalam bidang yang diminati. Mohon tunjuk ajar juga ya! (^^)v

    ReplyDelete
  2. Meera Dumeera, kita sama-sama belajar ya! (^^)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha, adik Haniff.

    ReplyDelete
  4. Tetamu Istimewa: Terima kasih dan selamat hari raya Aidiladha kembali. =)

    ReplyDelete