Maaf sekiranya saya baru mempromosikan majalah keluaran bulan Julai, tetapi saya percaya ianya masih panas di pasaran. Menariknya majalah Tunas Cipta bulan Julai adalah: menampilkan Tuah Sujana dalam ruangan Bicara Tunas dan Sayidah Mu'izzah dalam ruangan Buah Pena Alumni MPR. Kedua-duanya merupakan penulis muda yang tampil dengan karya-karya yang baik. Semoga kejayaan, pengalaman serta segala yang dikongsikan mereka dalam tulisan mereka menerusi ruangan ini mampu memberi inspirasi kepada penulis muda yang lain. Tahniah adik Azri dan kak Eja!
Tak sabar rasanya nak baca. Majalah langganan saya dialamatkan di Kedah. Jadi kena tunggu balik cuti raya nanti.
ReplyDeleteJulai belum baca, Ogos belum sampai, kini September pula sudah keluar. Cepatnya.
Bang Helmi, khabarnya Ogos pun masih belum ada di koperasi DBP. Mengambil masa sedikit barangkali.
ReplyDeleteTahniah kepada mereka berdua. =)
ReplyDelete