#SAYANGSAYANG

Saturday, August 11, 2012

ISTIMEWANYA TUNAS CIPTA JULAI 2012



Maaf sekiranya saya baru mempromosikan majalah keluaran bulan Julai, tetapi saya percaya ianya masih panas di pasaran. Menariknya majalah Tunas Cipta bulan Julai  adalah: menampilkan Tuah Sujana dalam ruangan Bicara Tunas dan Sayidah Mu'izzah dalam ruangan Buah Pena Alumni MPR. Kedua-duanya merupakan penulis muda yang tampil dengan karya-karya yang baik. Semoga kejayaan, pengalaman serta segala yang dikongsikan mereka dalam tulisan mereka menerusi ruangan ini mampu memberi inspirasi kepada penulis muda yang lain. Tahniah adik Azri dan kak Eja!

3 comments:

  1. Tak sabar rasanya nak baca. Majalah langganan saya dialamatkan di Kedah. Jadi kena tunggu balik cuti raya nanti.

    Julai belum baca, Ogos belum sampai, kini September pula sudah keluar. Cepatnya.

    ReplyDelete
  2. Bang Helmi, khabarnya Ogos pun masih belum ada di koperasi DBP. Mengambil masa sedikit barangkali.

    ReplyDelete