#SAYANGSAYANG

Thursday, July 26, 2012

SYUKRI SAPUAN-BUAH PENA ALUMNI MPR TUNAS CIPTA JUN 2012

Kejenuhan untuk mendapatkan majalah-majalah DBP di Alor Setar bukanlah perkara yang baru. Biarpun terdapat toko yang tertera sebagai pengedar buku-buku DBP tetap tidak boleh diberi harapan yang tinggi. Di penghujung bulan belum tentu dapat menatap lagi majalah bulanan DBP. Minggu lepas saya ke Alor Setar lagi dan sangat hampa! Majalah bulan Mei masih ada lagi. Sekarang dah penghujung bulan Julai pun. Saya masih ragu-ragu untuk melanggan kerana tiada jaminan saya akan menerimanya setiap bulan.

Sebenarnya bukan nak berceloteh perihal susahnya nak dapat majalah DBP pada catatan ini, tetapi nak berkongsi tentang ruangan Buah Pena Alumni MPR dalam majalah Tunas Cipta Jun 2012. Kali ini yang menghiasi ruangan itu ialah sahabat MPR 2009-Syukri Sapuan. Sebenarnya sebelum bertemu di MPR 2009, kami telah berkenalan sesama sendiri menerusi karya masing-masing di dalam Dewan Siswa. Kejayaan Syukri Sapuan menjadi inspirasi kepada kami-keluarga MPR 2009 yang lain. Selamat maju jaya Syukri Sapuan!


*Terima kasih Muzammil Rahim untuk gambarnya.

4 comments:

  1. Haniff usahlah ragu-ragu lagi untuk melanggan. Ayuh. Abang telah melanggan Tunas Cipta dan Dewan Sastera selama setahun. Untuk bulan Julai sudah sampai.

    Tetapi majalah langganan biasanya akan sampai sekitar pertengahan bulan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Haniff atas entri blognya. Terharu dengan tok penghulu mpr 2009 yang prihatin ni.

    InsyaAllah, sama-sama kita mendorong antara satu sama lain. :)

    ReplyDelete
  3. bangga juga di sini rasanya kerana ada rakan sehebat syukri sapuan :)

    ReplyDelete