Tuesday, January 10, 2012

SAYA 'FOLLOW' TWITTER MADA ILDA

Lewat benar rasanya saya memperturunkan entri berkisarkan politik semasa negara. Oh, bukan sahaja perihal politik tetapi lebih kepada isu semasa. Ya sudah menjadi kelaziman ketika di universiti dahulu, sensitif kepada isu-isu semasa adalah suatu kewajipan kepada kami yang belajar politik. Adakalanya, itulah soalan perbincangan dalam kelas dan syarahan oleh pensyarah bukan lagi menjadi medium utama dalam pengajaran. Sejujurnya, saya suka untuk melihat sesuatu isu itu bergerak mengikut plotnya terdahulu. Maksud saya, saya tidak semudah-mudahnya untuk terus menjatuhkan hukuman. Memerhati dan berfikir adalah jalan terbaik untuk kita rungkaikan permasalahan sekeliling. Memaki hamun membabi buta bukanlah tindakan yang profesional. Saya tertarik dengan kes Adam Adli [saya turut mengikuti twitternya…hahaha]. Pemuda yang bakal bergelar guru ini dianggap cukup biadap atas tindak tanduknya. Saya juga tidak setuju dengan tindakannya. Jujur, saya memujinya, dia seorang mahasiswa yang berani kerana tetap lantang biarpun dibidas oleh pelbagai pihak. Bukan mudah untuk kita mencari mahasiswa yang kental jiwanya seperti Adam Adli. Mungkin caranya tidak tepat. Maaf, kenyataan itu tidak menunjukkan saya memihak kepadanya. Cuba kita selami siapakah yang mempengaruhi beliau dan untuk mendidiknya bukanlah secara kekerasan, kita harus ingat dia masih muda dan jiwanya memang bergelojak. AUKU yang sebelum ini mengikat para mahasiswa daripada berpolitik telah dileraikan. Saya melihat ianya sesuatu yang bagus kepada mahasiswa yang punya pengetahuan tentang politik dan amatlah tragedis dan sadis kepada mahasiswa yang sekadar tahu politik itu adalah rusuhan, perhimpunan dan berteriak sekuat rasa beramai-ramai. Suka saya menegaskan berbeza ideologi atau fahaman bukanlah musabab untuk mewujudkan permusuhan antara kita. Dek politik, kita berbalah dan semoga suatu hari nanti kita akan mengucup siasah yang mulus suci.

2 comments:

  1. sy x suka p0litik..terlalu banyak spekulasi yg wujud menyebabkan kadang kala kebenaran itu terkubur. dan orang lain hanya melihat dari persepsi yang salah.

    perlaksanaan AUKU di universiti ada pro dan kontanya. lebih baik fikir kebaikan dari keburukannya.supaya mereka tahu fungsi sebagai seorang pelajar. bukan sy menidakkan pelajar bersuara, cuma belum sampai masanya...

    ini hanyalah pendapat sy semata2. sy tidak menyokong mana2 pihak.

    (^_^)Y peace

    ReplyDelete
  2. Budak Comel: Hai Budak Comel. Betul kata awak tu, banyak sangat spekulasi ataupun 'drama' yang berlaku dalam dunia politik ni.

    Ya, saya pun setuju, perlaksanaan AUKU tu ada pro dan kontranya. Kalau tak terkawal, itu yang menjadi masalah tu.

    Saya hargai pendapat awak di sini. Sebenarnya setiap pendapat tiada betul dan juga salah, dan kita bebas menyuarakan pandangan.

    Terima kasih sekali lagi, Budak Comel.

    ReplyDelete