#SAYANGSAYANG

Thursday, January 12, 2012

RIWAYAT PENULISANKU (2011)

Salam. Selamat tahun baru! Lambatnya memberi ucapan. Salah satu azam tahun baru ini, saya ingin lebih berjaya lagi dalam dunia penulisan. Huh…ya, memang susah sebenarnya menulis ni. Untuk tahun lalu yang lalu iaitu 2011 [menaip sambil mengunyah ’Twisties’ perisa tomato], azam saya untuk melihat cerpen saya di akhbar telah pun tercapai. Biarpun hanya satu, tetapi satu kenikmatan bagi saya yang masih belajar ini. Untuk 2011, sebanyak lapan buah sajak saya berjaya menembusi media iaitu melalui majalah Tunas Cipta, majalah Fokus SPM, majalah Jendela Utara, akhbar Berita Minggu, sisipan Varsiti Berita Harian dan akhbar Harakah. Satu-sataunya cerpen saya iaitu ‘Tempe Malaya’ [selepas tu terus saya suka tempe!] disiarkan dalam Berita Minggu. Oh ya dan satu puisi tradisional berbentuk nazam tulisan saya yang disiarkan dalam Tunas Cipta [Nazam Cinta]. Selain itu, terdapat juga beberapa tulisan saya yang bukan kreatif yang turut disiakan seperti dalam Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Itu bedasarkan karya yang tersiar di media. Tidak kurang juga kenangan paling manis pada tahun 2011 ialah apabila lirik boria hasil nukilan saya telah dinobatkan sebagai Lirik Pantun Boria Terbaik UUM Caltural Festival 2011. Terima kasih kepada Biro Kesenian dan Kebudayaan DPP Bank Rakyat yang mempercayai bakat saya untuk menghasilkan lirik tersebut. [Piala kemenangan menjadi kenangan]

Begitulah riwayat penulisan saya sepanjang tahun 2011. Semoga tahun ini, hasilnya lebih gemilang!

4 comments:

  1. Tahniah! Semoga lebih gigih menulis pada tahun ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bang Helmi.... bila kita nak jumpa ni....huhu...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Haniff, semoga lebih giat lagi memeriahkan media dengan tulisan yang bermutu. :)

    ReplyDelete
  4. Kak Hanna: Insya-Allah. Terima kasih...

    ReplyDelete