Saturday, December 10, 2011

TEMUDUGA TV AL-HIJRAH


Ini bukanlah pertama kali berhadapan dengan temuduga yang dianjurkan oleh stesen penyiaran. Kali ini dengan tv berkonsepkan islamik yang terbaru di Malaysia iaitu TV Al-hijrah. Jujurnya saya tidak membuat persediaan untuk menghadapi temuduga ini. Sekdar pergi berbekalkan keyakinan yang ada. Seperti biasa perasan berdebar itu muncul sahaja tika berhadapan dengan situasi seperti ini. Setelah nama dipanggil, saya melangkah masuk ke bilik temuduga dengan rasa yang bercampur. Selain memperkenalkan diri, saya diminta untuk mengacarakan rancangan sendiri di hadapan kamera. Setelah itu, pelbagai soalan yang diajukan kepada saya dan salah satunya ialah berkaitan ilmu yang paling saya minat dan saya memilih ilmu sastera dan menghuraikan kepada penemuduga yang juga Eksekutif Penyelidikan Editorial di TV Al-Hijrah tentang kontroversi novel Interlok. Terima kasih kepada mereka yang membawa saya ke temuduga tersebut!

4 comments:

  1. Salam, wah, selepas ni terlibat dalam penyiaran lah pula. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Lama tak baca entri terbaru blog ni.

    ReplyDelete
  2. selamat berjaya Haniff,

    Walau di mana berada, ambillah peluang berhijrah ini suatu pengalaman yang berharga dan bermakna.

    Selamat berjaya!

    Kak Hanna. :)

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya abg anip. Rindu kat abg anip. Rindu nak bersembang dengan abg anip.. mana abg anip ni??? :(

    ReplyDelete