Saya dan Interlok
Bukan untuk mengungkit kembali kisah ini, cuma baru berkesempatan untuk meluahkannya di sini. Novel Interlok seakan-akan menjadi popular pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini. Orang Sastera sibuk membicangkan perihal Interlok. Bukan itu sahaja, orang yang berada di luar lingkungan sastera juga cuba mendekati Interlok dan siapa penulisnya.
Nama Sasterawan Negara, Abdullah Hussain juga meniti di bibir masyarakat. Sekurang-kurangnya, masyarakat mengenali Sasterawan Negara selain A. Samad Said dan lebih peka terhadap dunia sastera Melayu.
Novel Interlok yang saya beli daripada Kak Nisah Haron telah pun saya khatam dan kesimpulannya, novel ini berkisar tentang latar belakang masyaratkat utama di negara ini. Bagi pemuda seperti saya yang tidak lahir lagi pada zaman kemerdekaan, dapat menyusur perlahan-lahan perjalanan novel ini dari muka surat ke muka surat yang lain.
Memperincikan kisah tiga orang yang berlainan bangsa iaitu Seman, Ching Huat dan Maniam. Penulis begitu teratur menyampaikan cerita setiap daripadanya dan saya dapat merasakan begitulah realiti masyarakat pada zaman dahulu- orang Melayu umpamanya tidak suka menyekolahkan anaknya dan lebih suka menghantar anak mereka belajar mengaji sahaja.
Membaca novel ini juga mengingatkan saya pada gagasan 1 Malaysia. Perpaduan dan tolak ansur antara masyarakat yang berlainan bangs abukanlah perkara yang baharu dan tautan itulah yang perlu kita pertahankan. Novel ini juga menyedarkan betapa nikmatnya kemerdekaan yang kita kecapi.
Tidak perlu rasanya mempolitikkan novel ini. Tiada apa yang perlu dibangkitkan. Sejarah tetap sejarah dan kita tidak boleh mengubahnya. Ayuh, membanyakkan amalan membaca novel tulisan Sasterawan Negara!
menarik tapi aq xpaham kenapa dowg kecoh pasal novel nieh??
ReplyDeleteHai Lutfi~
ReplyDeleteIsunya sebab perkataan 'Paria' sahaja.
Terima kasih atas komentarnya
saya dah baca, bukan sahaja perkataan Pariah menjadi isunya, izinkan saya pergi lebih dalam. Saya telah bersembang dengan seorang rakan sekerja berbangsa India, dia mengatakan buku ini sebuah novel yang menarik, cuma segelintir masyarakat India tidak mahu generasi kini mengingati kembali sistem Kasta yang pernah dilaksanakan dalam masyarakat India pada zaman dahulu. Dan novel ini juga dilihat sebagai satu provokasi terhadap masyarakat Cina yang kononnya hanya mementingkan ekonomi dan perniagaan lebih daripada nilai kemanusiaan.Walhal, novel ini hanya menceritakan sejarah yang benar tentang latar masa zaman itu, yang mungkin pahit untuk ditelan oleh segelintir golongan masyarakat kini.Pada saya, novel ini amat menarik untuk dibaca dan dikaji oleh semua golongan khususnya pelajar dalam menjayakan sebuah negara bangsa. Perkara perkauman ini atau perbezaan ras pelu dilupakan, demi mencapai satu bangsa yang maju iaitu bangsa Malaysia.
ReplyDeleteMan Kecik:
ReplyDeleteWow, satu perkongsian yang menarik. Benar mereka tidak mahu lagi mengungkit sejarah lama yang telah mereka tinggalkan. Kita bukanlah mahu memburuk-burukkan sesiapa tetapi mengkisahkan realitinya. Walau bagaimanapun, tidak semua berpendirian sedemikian. Ada juga bangsa-bangsa lain yang melihat Interlok sebagai novel perpaduan dan tidak menjejaskan sesiapa.