Friday, June 10, 2011

KEMALANGAN

Berdasarkan tarikh catatan ini, sebulan yang lalu aku kemalangan di universiti. Fobia atau trauma itu masih ada saat aku teringat kembali akan kejadian. Entah mengapa petang itu, hati gundah gulana tapi aku biarkan sahaja. Aku pujuk hati agar tidak sebegitu. Rencana Tuhan siapa yang tahu, kita sendiri hanya mampu merancang. Petang itu aku kemalangan motosikal. Benar-benar menyentap rasa hatiku. Saat itu, aku rasakan aku menghampiri mati. Mati menjemput tanpa pernah kita ketahui bila. Malam itu aku mengadu pada Tuhan yang aku sedar aku telah jauh darinya. Sakit yang kutanggung menginsafkanku. Tidak ramai yang mengetahui aku kemalangan. Kata kawan aku, perwatakkan aku yang ceria menutup kesakitan yang aku tanggung sehingga ramai yang tidak menyedarinya. Sakit rasanya…manakan tidak, bahuku terseret di tengah jalan dan sehingga koyak bajuku. Sebulan sudah berlalu, ingatan Tuhan itu akan aku ingat sampai bila-bila. Kawan-kawan, hati-hati ya di jalan raya!

2 comments:

  1. salam saudara...aku juga pernah mengalami kemalangan yang lebih teruk...lebih 2 bulan duduk di wad...patah kaki dan tangan serta tulang rusuk..tapi syukur tuhan masih izinkan aku bernafas....syukur...

    ReplyDelete
  2. nape mcm x taw je.. he,. sorry..
    sian anep.
    yelah kan. dugaan tuhan x dpt diduga.
    takut juga berada d jalanraye. berhati2 saje lah.

    ReplyDelete