#SAYANGSAYANG

Monday, June 13, 2011

BUNGA BANGSA

BUNGA BANGSA

Embun harapan menitis

menunaskan bunga bangsa

yang indah

kelopak pekertinya

yang subur

pemikirannya.

Kembanglah bunga bangsaku

berbakti pada nusa

berjasa pada agama

harummu akan dipuja

sepanjang masa

biarpun kelopakmu

kian sirna dimamah usia.

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF

Jendela Utara April 2011

~HAK CIPTA TERPELIHARA~

1 comment:

  1. Tahniah, abg haniff atas karya yang disiarkan itu. Teruskan menulis dan menulis!

    Tahniah!
    Tahniah!
    Tahniah!

    ReplyDelete