Saturday, April 9, 2011

MAAF YANG KAU PINTA


Aku masih bertanya sendiri
mengapa kau terus pergi
meninggalkanku sepi
tanpa sebarang nota hati.

Akhirnya kau suarakan kemaafan
tanpa aku rasai kebimbangan
yang kau tanggung
aku jadi bingung
kerana maaf yang kau pinta
bukan untuk diriku.

Bagaimanakah harus kusambut maafmu
jika hati ini tidak pernah dilukai
Bagaimanakah harus kukatakan lagi
kembalilah bersamaku
menyusun kuntum ukhwah seperti dulu.

[Jika ada masalah yang ditanggung, leraikanlah satu persatu. Percayalah pada Yang Satu]
Luahan rasa ini untukmu...

2 comments:

  1. he2.. muziru nakal ye.. maksud abg haniff 'pinta' agaknya.. bagus puisi ni . merusuk ke kalbu.. abg haniff ni dituju kepada siapa?

    ReplyDelete